Pages

Wednesday, May 30, 2012

Kewajipan yang Diabaikan

Kisah seorang lelaki tua
Walaupun lelaki ini buta, namun hatinya dapat melihat. Beliau mati syahid dalam sebuah peperangan. Meskipun Allah mengecualikan orang yang buta untuk turut berperang, namun dia tetap berangkat ke medan perang sehingga terbunuh sebagai syahid di jalan Allah.
"Meskipun Allah mengambil cahaya kedua-dua matakuTapi akal dan hatiku terdapat cahaya yang menggantikannya Hatiku tetap cerdas dan akalku sentiasa warasDalam lisanku ada pedang tajam yang sentiasa terhunus"

Lelaki tersebut datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah seorang lelaki buta. Antara rumahku dengan masjid terdapat lembah yang berair. Rumahku jauh dan tidak ada seorang pun yang dapat membimbingku datang ke masjid. Adakah engkau memberikan rukhsah (keringanan) bagiku untuk mengerjakan solat di rumah?"

Rasulullah s.a.w. melihat kesulitan dan uzur nyata yang dialaminya. Baginda lalu bersabda, "Ya". Lelaki itu pun beranjak pergi. Namun tidak lama kemudian, baginda memanggilnya seolah-olah baginda teringat akan sesuatu yang sebelumnya dilupakan. Rasulullah kemudian bersabda, "Adakah kamu masih mendengar seruan azan untuk mengerjakan solat berjemaah?" Dia menjawab, "Ya". Baginda lalu bersabda, "Kalau bgitu, penuhilah seruan tersebut". [Hadis riwayat Muslim]

++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang mendengar seruan (azan) namun dia tidak mendatanginya, maka tidak ada (pahala) solat baginya, kecuali apabila kerana uzur" [Hadis riwayat Ibn Majah]

Ulama hadis telah menjadikan hadis ini sebagai dalil yang mewajibkan solat berjemaah dan kewajipan itu hanya gugur jika terdapat uzur syar'i.

Pada suatu malam, Rasulullah s.a.w. membariskan para sahabatnya untuk melaksanakan solat isyak, lalu baginda mendapati saf  yang ada sangat sedikit. Baginda berdiri dengan marah dan berkata:
"Aku bersumpah demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh aku berniat agar solat dilaksanakan, lalu aku minta diambilkan seikat kayu bakar dan dinyalakannya. Kemudian aku tinggalkan orang-orang yang solat untuk mencari mereka yang tidak menghadiri solat berjemaah bersama kami lalu aku bakar rumah mereka" [hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Berapa lama waktu kita habiskan untuk mengerjakan solat berjemaah? Kira-kira itu sama dengan waktu yang kita gunakan  untuk makan, minum, tidur, dan istirehat, hanya sekejap sekali. Padahal dengan mengerjakan solat berjemaah, kaum mukminin mampu meningkatkan kualiti diri mereka di sisi Allah, dan kaum munafik kian bertambah terpuruk. Dengannya pula diketahui, mana wali Allah dan mana wali syaitan sehingga dapat dibezakan antara mukmin dengan orang munafik.

Marilah kita sentiasa menjaga solat-solat ini ketika kita dipanggil untuk mengerjakannya. Marilah kita berlumba untuk mngisi saf pertama di masjid.

Wallahua'lam.. salam'alaik
sumber: "Koleksi Khutbah Edisi Lengkap", Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, May 14, 2012

Malam Pertama di Alam Kubur

Syair Arab ada menyatakan,
Berpisah dengan tempat tidurku sehari
Itu telah membuat hilang ketenanganku
Malam pertama di alam kubur
Demi Allah, katakan kepadaku bagaimana keadaannya.
Ada dua malam yang kita perlu sentiasa fikirkan - malam ketika kita berada dirumah bergurau senda dengan keluarga dan malam ketika malaikat maut datang kepada kita lalu kita diletakkan di dalam kubur seorang diri. Para Ulama' dan cerdik pandai menangis dan resah ketika membayangkan malam pertama mereka di dalam kubur.

Menurut syair yang dianggap sebagai warisan bangsa Arab yang terpenting,
Akan datang hari di mana aku pergi tanpa dapat membantah
Anak-anakku berada di kedua tepi kubur sambil memujuk
Mereka mengatakan jangan pergi sementara mereka terus menanamku
Tidak ada tempat pemergian yang jauh selain dari tempat ini.
 
Kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz
 Saidina Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah semasa pemerintahan Bani Umayyah. Beliau seorang yang gemar menggantikan pakaian lebih daripada sekali dalam sehari. Beliau memiliki emas dan perak, pembantu dan istana, serta pelbagai makanan dan minuman. Semua yang dia inginkan ada di dalam genggamannya. Namun ketika beliau dilantik menjadi khalifah dan bertanggungjawab menguruskan kepentingan kaum muslimin, beliau meninggalkan semua itu kerana sentiasa ingat dengan malam pertama di alam kubur.

Pada hari Jumaat, beliau berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah sambil menangis di mana sebelumnya, beliau telah dibaiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah kamum muslimin. Beliau berkata kepada semua panglima perang, menteri, ulama', pujangga dan gabenor, "tariklah semula baiah kamu!" Namun mereka berkata, "Kami tidak menginginkan pemimpin selain anda". Selang seminggu kemudia, beliau kelihatan kurus dan lemah. Keadaannya benar-benar jauh berubah; beliau tidak lagi memakai pakaian lain melainkan sehelai pakaian. Lalu mereka bertanya kepada isteri Saidina Umar bin Abdul Aziz, "Ada apa dengan Umar itu?"  Si isteri menjawab, "Demi Allah, beliau tidak lagi lena tidur malam. Jika tidur di atas katilnya, beliau berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidur di atas bara api lantas berkata "aku telah menerima jawatanku untuk mengurus umat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada hari kiamat kelak aku akan diminta pertanggungjawaban oleh orang fakir dan miskin, anak yatim dan para janda".

Persoalan sekarang ini, apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi malam pertama kita di kubur kelak?
Rasulullah s.a.w. bersabda "kubur itu ada kalanya menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan ada kalanya pula menjadi salah satu lubang yang ada di neraka"


Wallahua'lam.. salam'alaik...

sumber: Koleksi Khutbah - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Menyepi...

Salam'alaik..
telah lama aku menyepi dari membuka mahupun mengupdate blog ini.
Masa yang singkat hidupku di dunia ini sibuk dengan perkara duniawi.
Amatlah sedikit masa yang aku luangkan untuk bekalanku di akhirat kelak.
Jika diimbau kembali, seringkali aku ungkapkan alasan untuk berdakwah atau mengajak kepada kebaikan sebagai jalan aku melepaskan diri dari hanyut melakukan hal-hal duniawi.
Namun jika difikirkan kembali, mana dakwahnya? mana kebaikannya?

Aku masih lagi bebas bergaul. Alasannya, "Ingin rapat dengan mereka. Nanti senanglah nak ajak ke arah kebaikan".
Aku masih lagi banyak mengalah dalam berbincang mengenai agama. Alasannya, "Tidak mahu bertikam lidah".
Ayat-ayat hafazan masih belum dihafal apatah lagi diamalkan. Alasannya, "sibuk dengan program-program persatuan".

Hidup penuh dengan alasan.

InshaAllah akan aku update blog ini dari masa ke semasa. Harap dengan sedikit penulisanku ini dapat menjadi bekalan yang tidak putus-putus bagiku di akhirat kelak.

Wallahua'lam. Salam'alaik...

Monday, February 13, 2012

Berjanggutlah wahai Lelaki


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas dari memekirkan hal yang sama. Cuma bezanya antara 'kecantikan' wanita & lelaki adalah JANGGUT. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu menjadi lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan & kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah:-

  • Menampakkan kelakian
  • Kelihatan lebih 'macho'
  • Lebih hensem & berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Memberi manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin terdahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting & perlu diambil berat, malah seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w.. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda yang berkaitan janggut adalah seperti:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)



Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.


Wahai lelaki, berjanggutlah.

wallahua'lam... Salam'alaik..

sumber: myibrah.com

Tuesday, January 31, 2012

Doa ‘Atabah Alghulam


إِلَهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حُوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّى أَحْفَظُ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغَمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَآءَتِيْ يَزْدَادُ رِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ.
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ
                    


Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampunkan dosaku , maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga aku dapat menghafal semua ilmu yang ku dengar dan juga ayat-ayat al-Quran . 

Ya Allah berilah aku kemuliaan dengan suara yang merdu , sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku , hatinya akan menjadi lembut meskipun ia seorang yang keras hati . 

Ya Allah kurniakanlah kepadaku rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kusangka-sangka .

Friday, January 6, 2012

Kebaikan menangis

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tip menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

__________________________________________________

Tetapi ingatlah bahawa insan yang menangis kerana takut akan azab Allah itu lebih baik dari segalanya. Menangislah kerana sesuatu yang berfaedah dan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

wallahua'lam.. Salam'alaik.. 

Monday, January 2, 2012

Countdown 2012!

dalam suasana gembira menyambut tahun baru, ramai yg lupa agama.. ada yg mengatakan, "inilah masa buat maksiat".. 

Yg berada dlm kemusykilan pula bertanya, "salah ke nak sambut tahun baru?"..
tak salah kalau nak sambut, asalkan tidak di isi dgn perkara yang bertentangan dengan ajaran dan panduan Islam.

Yg berada dalam jahiliah mengambil kesempatan ini untuk membuat perkara-perkara yg bertentangan dengan Islam.

Suasana di Kuala Lumpur
Sekitar dataran merdeka, orang ramai sudah penuh pukul 11 lebih.. sambil ditemani oleh beberapa orang sahabat, kami menuju ke masjid jamek.. Suasana pada ketika itu amat menyedihkan. Dengan bunyi bisingnya, dengan perangai orang yg entah apa-apa.. melalak tak tentu pasal.. ada yg menari di tengah jalan.. jgn disebut pasal pemakaian dan pergaulan.. sudah tentu tidak terjaga!
Setelah sampai di masjid jamek, kami lega.. Dalam suasana yg penuh dengan kegelapan, masih terdapat ANAK MUDA yg mencari cahaya Allah.. terdapat forum yg telah diadakan di sana.. sejuk mata memandang.. ramai juga para muslimin dan muslimat yg berada di sana.. Keadaan ketika itu umpama langit pada malam yg gelap gelita terdapat 1 bintang yg bersinar.. kami berada di dalam golongan yg mengejarkan akhirat dalam persekitaran golongan yang menyanjung keseronokan dunia.. Senyum aku sendirian melihat para muslimat yg menutup aurat sepenuhnya (bukan membalut aurat).. Sungguh cantik!
Kemudian kami menyertai ANAK MUDA yang lain untuk menyebarkan cahaya-cahaya Islam kepada orang ramai.. Kami diberikan kad untuk diberikan kepada orang ramai dan kami perlu menerangkan serba sedikit tentang Islam dan keindahan Islam..


Kemudian kami menuju ke masjid Asy-Syakirin, KLCC.. di sana juga terdapat forum dan persembahan nasyid dan sketsa islam.. tapi sayang.. hanya dipenuhi dengan orang tua.. tapi tidak mengapa.. Alhamdulillah.. Menjelang 12 tengah malam, bunga api meletup.. kami beramai-ramai berselamat dalam kebingitan bunyi dan keindahan bunga api.. Subhanallah!! Terasa bezanya kami golongan ghuraba'.. inshaAllah..


Kemudian, sekitar jam 12.30 am, kami menuju semula ke dataran merdeka.. Orang ramai sudah mula bersurai. di dataran merdeka, penuh dengan sampah! menggambarkan betapa tak bertanggungjawab orang sekarang.. Kelihatan juga pasangan-pasangan "bahagia" yg masih lepak sekitar dataran merdeka.. kami mula mendekati mereka dan berborak dengan mereka.. 

Sekitar pukul 1.30 pagi, kami kembali ke masjid Asy-Syakirin untuk tidur kerana ada Qiammullail.. 


Inilah usaha-usaha yg dilakukan oleh orang Islam yg prihatin tentang agama Islam. Di Shah Alam, terdapat forum Ustaz Azhar Idrus bersama dengan Zizan, Imam Muda Asyraf, Sham Kamikaze, dan Ustaz Norhisham. Semua program ini dijalankan adalah untuk menarik ANAK MUDA untuk sertai program yang bermanfaat ini agar mereka meninggalkan aktiviti yg tak berfaedah dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.. wallahua'lam...


Monday, December 26, 2011

semester 1

Assalamualaikum wbt...

Lebih kurang 1 semester aku perhati gelagat, tingkah laku dan perangai orang sekeliling.. mcm2 ade.. mmg lain bile kite da tau ape yg betul dan ape yg salah.. da 3 bulan lebih mendiamkan diri.. mcm2 halangan ade....

tp kadang2 rase rindu sgt nk jadi mcm dulu smula.. nk g tgok wayang.. nk g jln2 slalu... nk hepi2 slalu.. tp aku dpt rase yg perubahan ini mmg susah.. xpe2.. aku still pegang dgn ayt dulu², "tarbiyah ni.. memang susah nk berubah"..

Ada orang yg sanggup dirinya dipermain, asalkan ramai yang suka dia.. ada yg suka hidup dalam kemewahan dan menonjolkan kekayaannya.. ada yg dulu pakai tudung, sekarang tudung dia hilang.. ada yg dulunya keluar pergi jalan² tutup balut aurat, sekarang auratnya dah terdedah..

Namun ada jugak yang membuatkan diri ini tersenyum..
ada yang suka hidup dalam majlis ilmu.. ada yang sentiasa remind aku pasal ibadat dan akhlak.. ada yang boleh bergaul dengan semua orang tanpa pilih kasih.. ada yang menjaga batas pergaulan dan pandangan..

dah lebih kurang 4 bulan cuba nk ubah suasana....
tapi aku x mampu nk ubah sorg diri.. bilangan kami pulak sedikit.. macam² cara yang aku buat nak ajak kawan² aku yang lain untuk sama² hidup dalam suasana islam.. xpe.. mungkin belum sampai masanya lagi untuk terima hidayah Allah.. aku kena usaha lagi..

dah nak final....
tapi aku dah tak macam dulu.. dulu bila baca je senang faham, sekarang dah susah nak faham.. dulu dalam kelas tak tidur, sekarang dalam setiap kelas tidur.. carry mark pulak semua teruk.. mungkin Allah nak beri pengajaran.. Jangan bangga dan selesa dengan kejayaan yang dulu....

sekarang mungkin aku kelihatan sibuk dengan kerja persatuan dan ada orang tegur pasal usrah aku yg banyak tiap² minggu.. tapi itulah yang membuatkan aku lupa semua masalah aku! dengan keberkatan usrah itulah yang membuatkan aku tenang dan menjadi lebih baik.. so, jangan ada sapa² yang berani nak kutuk pasal usrah! biarpun usrah sahabat² aku yang lain... korang tak join usrah, so korang x paham pape tentang usrah..

Finally.. Ma'an najah kepada semua sahabat yg menghadapi final exam.. ketahuilah bahawa peperiksaan itu bukanlah matlamat, tetapi alat.. namun kita janganlah mengabaikan alat untuk membolehkan kita mencapai matlamat..


"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para nabi, hafalan para Rasul dan mendapat ilham para malaikat yang hampir denganmu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhanku"

wallahua'lam.. salam'alaik..

Saturday, November 19, 2011

10 Jenis Orang Islam yang Kejam

Sebelum kita teruskan pembacaan, maksud kejam ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kejam bukan semata-mata bermaksud jahat atau ganas.

10 jenis orang Islam yang kejam:

  1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seseorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seseorang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  4. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang 2 rakaat.
  5. Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaay kemudian tidak sembahyang berjemaah.
  6. Seseorang yang di daerahnya didatangi seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa dengannya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seseorang yang diundang pada jamuan tetapi tidak menghadirinya.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seseorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetanggany (jiran) lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu.
wallahua'lam.. Salam'alaik..

Saturday, November 12, 2011

10 Amalan Terbalik

marilah kita bermuhasabah dan menilai kembali amalan seharian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang sepatutnya dilakukan dan yang dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau lalai dengan budaya. Antara amalan terbalik yang sering dilakukan:-


  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas beberapa kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang hadir membaca tahlil. Tidakkah mereka risau kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati?
  2. Jika hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tiada duit, maka malu nak pergi ke kenduri. Tetapi kalau menziarahi orang mati pula tidak segan jika angan tidak berisikan wang. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.
  3. Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik dan kemas. Tetapi apabila mengadap Allah baik di rumah mahupun masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah itu satu perbuatan yang terbalik?
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan apa yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tetapi kalau di rumah , sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjrkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.
  7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun perlu berbelanja besar. Tapi kalau anak tak boleh baca al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar ke tuisyen baca al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak pergi. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tetapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  10. Seorang isteri nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. Sedangkan yang dituntut ke atas seorang isteri itu ialah berhias untuk suaminya, bukannya untuk orang lain. Perbuatan terbalik inilah yang membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agaar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Wallahua'lam

Thursday, November 3, 2011

Bertudung Tetapi Belum Sempurna Menutup Aurat

Pesanan ini khas kepada kaum hawa sebagai panduan dan peringatan. Namun, kaum adam juga perlu ambl tahu sebagai panduan untuk anak-anak dan isteri.
Apa yang disebut sebagai bertudung tetapi belum sempurna menutup aurat ialah apabila seseorang wanita itu melakukan perkara-perkara berikut:-

  1. Baju yang dipakai singkat tidak melebihi pinggul
  2. Mendedahkan bentuk/lekuk dada atau punggung
  3. Pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh
  4. Kain yang dipakai singkat hingga menampakkan betis
  5. Bertudung tetapi memakai t-shirt lengan pendek
  6. Memakai seluar jeans yang ketat dan sendat, jelas menampakkan alur kelengkang. Bawah bajunya singkat, maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggungnya
  7. Tidak bersarung kaki/ stoking
  8. Solekan/ TABARRUJ yang jelas kelihatan
  9. Memakai wangi-wangian yang merangsangkan nafsu
  10. Mendedahkan aurat dihadapan orang yang bukan mahram
  11. Bertudung tetapi tergedik-gedik dengan lelaki yang bukan mahramnya

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat). Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu TIDAK AKAN MASUK SYURGA dan TIDAK AKAN MENCIUM BAUNYA. -Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-

wallahua'lam.. salam'alaik

Tuesday, November 1, 2011

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan kepada diri ini yang sering alpa dengan keindahan dunia yang palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a.; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia ini bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engaku akan keseorangan di dalam perutku.

Wednesday, October 19, 2011

Jihad pada Jalan Allah

Rujukan: Jundullah - Jihad Fi Sabilillah
Pengarang: Al-Ustadh Sa'id Hawwa

Ciri-ciri Mujahidin:

  • Tidak menghiraukan celaan orang yang mencela
  • Berjuang kerana Allah
  • Berjuang pada jalan Allah
  • Berjuang dengan tangan, lidah dan hartanya
  • Berjuang dengan pelbagai cara yang dibenarkan
  • Bersedia menanggung segala tekanan
Syarat-syarat Jihad:
  • Bebaskan diri dari mencintai kehidupan dunia dan orang yang berilmu
  • Mesti ada ilmu
  • Mesti ada kezuhudan (zuhud ini bermaksud dirinya tidak terikat dengan perkara duniawi)
  • Bersedia untuk mati pada jalan Allah
Tanggapan yang salah mengenai jihad:
  • "Islam agama Allah, maka Allah pasti akan menolong agamaNya, maka kita tidak perlu berkorban (berjihad)"
  • "Jika kita sudah membaiki diri kita, maka tidak wajib untuk membaiki orang lain"
Jihad dengan Hati:
  • Ahli-ahli fiqh - Berdiam diri daripada perkara bid'ah dan mungkar bermakna kita turut berkogsi dosa, melainkan tidak mampu untuk halang / hapus
  • Ahli-ahli fiqh Mazhab Hanafi - Berdiam diri daripada bid'ah dan mungkar bermakna ia redha dengan perkara tersebut sekiranya ia mampu menghalang. Jika tidak, maka memadailah baginya mengingkari dengan hatinya
  • Jika sudah mengetahui bahawa tidak mampu untuk mengubah orang kafir, maka tidak boleh menentang mereka secara bersendirian. Kerana penentangan itu tidak membawa apa-apa kemuliaan terhadap agama.
  • Apabila mengetahui bahawa orang-orang Islam itu tidak berhenti melakukan mungkar malah akan memudaratkan jika diteruskan, maka dalam keadaan itu tidak mengapa dia tidak bertindak.
Keadaan yang membolehkan untuk meninggalkan Jihad:
  • yakin bahawa tindakannya tidak akan menghapuskan keburukan
  • pasti yang bahaya akan menimpanya akibat suruhan atau tegahannya itu.
Jenis-jenis jihad yang disebut dalam al-Quran
  • jihad dengan lisan
  • jihad dengan pengajaran
  • jihad dengan tangan dan diri
  • jihad politik
  • jikad harta
> Jihad yang dibuat dalam negara Islam diberi nama "amar makruf nahi mungkar"
> Jihad yang dibuat di luar negara Islam dipanggil "jihad"

[ini hanyalah ringkasan daripada mukadimah buku tersebut yang telah dibincangan semasa usrah]

wallahua'lam.. salam'alaik..

Sunday, October 16, 2011

tazkirah subuh: as-Saff ayat 10 - 14

tarikh: 16.10.2011
pentazkirah: Raja Hamzah
tempat: Darul Muslihin


Ayat ini menerangkan mengenai perjanjian yang Allah ingin lakukan antara manusia iaitu perjanjian mengenai satu perniagaan yang paling menguntungkan kita - yang dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih. caranya amat mudah, kita perlu beriman dengan Allah dan rasulNya serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan diri kita. Dalam ayat 11 disebut untuk berjuang dengan harta terlebih dahulu berbanding dengan berjuang dengan diri kerana manusia sangat susah untuk menginfak / mengeluarkan hartanya untuk membantu menegakkan agama Allah. Seterusnya Allah menerengkan ganjaran - ganjaran agung yang bakal kita peroleh; diampuni dosa - dosa, dapat masuk syurga 'adn yang terdapat dibawahnya sungai-sungai yang mengalir. Bagi mereka yang mengetahui tentang berita gembira ini perlulah disampaikan kepada orang lain.

Dalam ayat yang terakhir, Allah menceritakan tentang golongan Hawariyyin iaitu golongan yang menyokong Nabi Isa. Allah menyuruh kita menjadi seperti golongan ini yang membantu untuk menegakkan agama Allah. Adakah kita setanding dengan pengikut Nabi Isa ini? Mereka diseksa dan dibunuh kerana mengamalkan agama Allah tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan janji-janji Allah. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Ingatlah pesanan Allah yang terakhir dalam ayat ini, sebagai pendorong agar kita tidak mudah berputus asa dalam berjuang menegakkan agamaNya

 فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

"Lalu kami berikan kekuatan kepada orang - orang yang beriman terhadap musuh - musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang"

wallahua'lam.. salam'alaik

Tuesday, October 11, 2011

Syukran sahabat

Kisah disebalik Smart Camp vol. ii (dari pihak aku)

Sebelum Smart Camp:
Brainstorm cara-cara yg boleh menarik minat peserta untuk sertai. Lantas idea untuk membuat baju percuma muncul. Abang Hafizi pun setuju. Sambil mencari idea unruk design baju, fikiran lantas teringatkan seorang sahabat yg sangat baik. Dari dulu ingin aku lihat dia pakai baju muslimah (sbb dia muslimat). Alasan dia dulu sewaktu aku minta dia berpakaian dgn cara yg sebenar, "duit x cukup nk beli baju baru", "tak selesa".. Ingin aku belikan baju untuknya, tapi aku pula yg tiada duit. Semakin berkobar-kobar semangatku untuk menyiapkan design baju agar dapat menarik minatnya.

Semasa Smart Camp:
"Bila la nak bagi baju nih?" Persoalan yg sering kutanyakan kpd pengarah dan biro program. tak sabar rasanya ingin melihat dia memakai baju ini. Pada hari terakhir, kulihat semua peserta dan urusetia memakai baju yg telah ku tempah khas untuk program ini. Dia muncul. Senyuman terukir diwajahku. Alhamdulillah!!

Selepas Smart Camp:
Masih tersenyum. Gembira rasa di hati. Terima kasih kpd si dia. Berpunca daripada dia, semakin ramai muslimat yang menutup aurat pada hari itu. Ya Allah, Kau sinarilah jalan yg menuju keredhaanMu dan tunjukilah kami kesana. Tetapkanlah hati ini dengan mencintaiMu.

motivasi

Setelah begitu lama x update blog, aku curi sedikit masaku yg x pernah cukup ni untuk meluahkan segala isi hatiku.. Mungkin ianya tidak begitu bermakna bagi sesetengah pihak, tetapi cukup bermakna bagiku.


---------------------------------------------------------


يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواْاصْبِرُواْوَصَابِرُواْوَرَابِطُواْوَاتَّقُواْاللّهَلَعَلَّكُمْتُفْلِحُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarkah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetalah bersiap-sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

Ali Imran ayat 200 inilah yang menjadi motivasiku yang baru tiap kali berasa putus asa. Walaupun kerja yang banyak, pelajaran yang entah kemana, namun jangan sekali-kali berputus asa lantas menarik diri dari memperjuangkan agama Allah di muka bumi.

wallahu'alam.. salam'alaik

Saturday, October 1, 2011

penaik semangat ^.^


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga


Sunday, September 11, 2011

Hadis 7 : Agama itu nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat." Kami berkata, "untuk siapa?" Baginda bersabda. "Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk rasulNya, untuk para imam kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya." Hadis riwayat Muslim.

Pengajaran Hadis:
Agama Islam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat Islam. Islam memperuntukkan hak nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, kitabNya dan rasulNya bermaksud beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Nasihat untuk Allah - mengimaniNya / ikhlaskan ibadah / taatinya serta jauhi laranganNya.
Nasihat untuk kitabNya - yakin ia kalam ALlah bukan kalam makhluk / sebagai manhaj hidup / sesuai sepanjang zaman / berusaha memperelok bacaan dan fahami ayat-ayatnya.
Nasihat untuk rasulNya - membenarkan kenabiannya / ikut ajarannya / kasih terhadapnya / agungkan sunnahnya / kaji sirahnya / berkhalak dengan akhlaknya.
Nasihat untuk para imam kaum muslimin (pemerintah) - membantunya dalam tugasan / nasihatnya ker=tika mereka lalai / halang mereka dari berlaku zalim.
Nasihat untuk umat Islam seluruhnya - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat / ajar apa yang mereka jahil mengenai agama  galakkan mereka kepada ketaatan.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Saturday, September 10, 2011

Hadis 6 : Haram, Halal, Syubhah

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata, "aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan diantara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin itu mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan perkara haram demi menjaga kemuliaan agama Islam. Perkara yang samar-samar (syubhat), yang belum jelas halal haramnya mestilah dijauhi, demi menjaga maruah agama Islam. Sempadan murka dan redha Allah s.w.t. ialah perkara-perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara-perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruh anggota badan yang lain.

Wednesday, September 7, 2011

hadis 5 : Islam agama yang sempurna

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


Daripada Ummu al-Mukminun Ummu Abdullah, 'Aisyah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi, "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak."

Pengajaran Hadis: 
Islam adalah agama yang sudah sempurna pada dasar dan prinsipnya. Ia tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan asul agama adalah bid'ah yang yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kekufuran.