Pages

Saturday, October 1, 2011

penaik semangat ^.^


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga


sebagai pembakar semangat kita sebagai pejuang agama Allah. Apabila terbitnya rasa putus asa, renungkanlah kembali tujuan kita berjuang. carilah pembakar semangat dan motivasi agar kita kekal di perjuangan ini.

walaupun sedikit sibuk akhir-akhir ini, tetapi rasa seronok dan tenang berjuang bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang mencari keredhaan Allah s.w.t. 

Misi utama sekarang, ingin mencari dan mengajak orang memahami agama Allah, seperti mana abang-abang ini menyuluh jalan dan menebang semak-samun di depanku agar aku berada di jalan yang diredhai. InshaAllah.. mohon sahabat sekalian mendoakanku agar kuat dalam berbakti kepada agama ini..

wallahua'lam.. salam'alaik

No comments: