Pages

Sunday, October 16, 2011

tazkirah subuh: as-Saff ayat 10 - 14

tarikh: 16.10.2011
pentazkirah: Raja Hamzah
tempat: Darul Muslihin


Ayat ini menerangkan mengenai perjanjian yang Allah ingin lakukan antara manusia iaitu perjanjian mengenai satu perniagaan yang paling menguntungkan kita - yang dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih. caranya amat mudah, kita perlu beriman dengan Allah dan rasulNya serta berjihad dijalan Allah dengan harta dan diri kita. Dalam ayat 11 disebut untuk berjuang dengan harta terlebih dahulu berbanding dengan berjuang dengan diri kerana manusia sangat susah untuk menginfak / mengeluarkan hartanya untuk membantu menegakkan agama Allah. Seterusnya Allah menerengkan ganjaran - ganjaran agung yang bakal kita peroleh; diampuni dosa - dosa, dapat masuk syurga 'adn yang terdapat dibawahnya sungai-sungai yang mengalir. Bagi mereka yang mengetahui tentang berita gembira ini perlulah disampaikan kepada orang lain.

Dalam ayat yang terakhir, Allah menceritakan tentang golongan Hawariyyin iaitu golongan yang menyokong Nabi Isa. Allah menyuruh kita menjadi seperti golongan ini yang membantu untuk menegakkan agama Allah. Adakah kita setanding dengan pengikut Nabi Isa ini? Mereka diseksa dan dibunuh kerana mengamalkan agama Allah tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan janji-janji Allah. Mampukah kita menjadi seperti mereka? Ingatlah pesanan Allah yang terakhir dalam ayat ini, sebagai pendorong agar kita tidak mudah berputus asa dalam berjuang menegakkan agamaNya

 فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

"Lalu kami berikan kekuatan kepada orang - orang yang beriman terhadap musuh - musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang yang menang"

wallahua'lam.. salam'alaik

No comments: