Pages

Thursday, November 3, 2011

Bertudung Tetapi Belum Sempurna Menutup Aurat

Pesanan ini khas kepada kaum hawa sebagai panduan dan peringatan. Namun, kaum adam juga perlu ambl tahu sebagai panduan untuk anak-anak dan isteri.
Apa yang disebut sebagai bertudung tetapi belum sempurna menutup aurat ialah apabila seseorang wanita itu melakukan perkara-perkara berikut:-

  1. Baju yang dipakai singkat tidak melebihi pinggul
  2. Mendedahkan bentuk/lekuk dada atau punggung
  3. Pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh
  4. Kain yang dipakai singkat hingga menampakkan betis
  5. Bertudung tetapi memakai t-shirt lengan pendek
  6. Memakai seluar jeans yang ketat dan sendat, jelas menampakkan alur kelengkang. Bawah bajunya singkat, maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggungnya
  7. Tidak bersarung kaki/ stoking
  8. Solekan/ TABARRUJ yang jelas kelihatan
  9. Memakai wangi-wangian yang merangsangkan nafsu
  10. Mendedahkan aurat dihadapan orang yang bukan mahram
  11. Bertudung tetapi tergedik-gedik dengan lelaki yang bukan mahramnya

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat). Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu TIDAK AKAN MASUK SYURGA dan TIDAK AKAN MENCIUM BAUNYA. -Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-

wallahua'lam.. salam'alaik

4 comments:

TantePiya said...

kadang2 bukan x tahu. tapi telepas pandang / memang xnak kesah.. bahaya betol..

Anak Ibu dan Ayah said...

err yg stokin tu dlm usaha boleh? :P

wanrandom said...

eh.. bole je.. alhamdulillah.. tp ingat, buat apa yg kita niatkn, bukan niat apa yg kita nk buat.. ^.^

coretan hati said...

nasihatyang bagus...ramai wanita sekarang ni mengaku bertudung dan menutp aurat tp berpakaian tidak mengikut syarak...nak berfesyen boleh..islam pun x larang tp kena la ikut tuntutan syariat,,