Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas dari memekirkan hal yang sama. Cuma bezanya antara 'kecantikan' wanita & lelaki adalah JANGGUT. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu menjadi lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan & kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah:-
- Menampakkan kelakian
- Kelihatan lebih 'macho'
- Lebih hensem & berkarisma
- Nampak soleh
- Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
- Lebih diminati wanita
- Memberi manfaat kesihatan
- Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin terdahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting & perlu diambil berat, malah seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w.. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda yang berkaitan janggut adalah seperti:
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.
Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.
Wahai lelaki, berjanggutlah.
No comments:
Post a Comment