Pages

Sunday, September 11, 2011

Hadis 7 : Agama itu nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat." Kami berkata, "untuk siapa?" Baginda bersabda. "Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk rasulNya, untuk para imam kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya." Hadis riwayat Muslim.

Pengajaran Hadis:
Agama Islam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat Islam. Islam memperuntukkan hak nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, kitabNya dan rasulNya bermaksud beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Nasihat untuk Allah - mengimaniNya / ikhlaskan ibadah / taatinya serta jauhi laranganNya.
Nasihat untuk kitabNya - yakin ia kalam ALlah bukan kalam makhluk / sebagai manhaj hidup / sesuai sepanjang zaman / berusaha memperelok bacaan dan fahami ayat-ayatnya.
Nasihat untuk rasulNya - membenarkan kenabiannya / ikut ajarannya / kasih terhadapnya / agungkan sunnahnya / kaji sirahnya / berkhalak dengan akhlaknya.
Nasihat untuk para imam kaum muslimin (pemerintah) - membantunya dalam tugasan / nasihatnya ker=tika mereka lalai / halang mereka dari berlaku zalim.
Nasihat untuk umat Islam seluruhnya - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat / ajar apa yang mereka jahil mengenai agama  galakkan mereka kepada ketaatan.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

No comments: