Pages

Showing posts with label hadis 40. Show all posts
Showing posts with label hadis 40. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Hadis 7 : Agama itu nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat." Kami berkata, "untuk siapa?" Baginda bersabda. "Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk rasulNya, untuk para imam kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya." Hadis riwayat Muslim.

Pengajaran Hadis:
Agama Islam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat Islam. Islam memperuntukkan hak nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, kitabNya dan rasulNya bermaksud beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Nasihat untuk Allah - mengimaniNya / ikhlaskan ibadah / taatinya serta jauhi laranganNya.
Nasihat untuk kitabNya - yakin ia kalam ALlah bukan kalam makhluk / sebagai manhaj hidup / sesuai sepanjang zaman / berusaha memperelok bacaan dan fahami ayat-ayatnya.
Nasihat untuk rasulNya - membenarkan kenabiannya / ikut ajarannya / kasih terhadapnya / agungkan sunnahnya / kaji sirahnya / berkhalak dengan akhlaknya.
Nasihat untuk para imam kaum muslimin (pemerintah) - membantunya dalam tugasan / nasihatnya ker=tika mereka lalai / halang mereka dari berlaku zalim.
Nasihat untuk umat Islam seluruhnya - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat / ajar apa yang mereka jahil mengenai agama  galakkan mereka kepada ketaatan.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Saturday, September 10, 2011

Hadis 6 : Haram, Halal, Syubhah

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata, "aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan diantara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin itu mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan perkara haram demi menjaga kemuliaan agama Islam. Perkara yang samar-samar (syubhat), yang belum jelas halal haramnya mestilah dijauhi, demi menjaga maruah agama Islam. Sempadan murka dan redha Allah s.w.t. ialah perkara-perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara-perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruh anggota badan yang lain.

Wednesday, September 7, 2011

hadis 5 : Islam agama yang sempurna

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


Daripada Ummu al-Mukminun Ummu Abdullah, 'Aisyah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi, "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak."

Pengajaran Hadis: 
Islam adalah agama yang sudah sempurna pada dasar dan prinsipnya. Ia tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan asul agama adalah bid'ah yang yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kekufuran.

Sunday, September 4, 2011

Hadis 4 : peringkat kejadian manusia

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'us r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): "Sesungguhnya setiap orang dikalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antanya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia dimasuki syurga."


Pengajaran Hadis: 


Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang amat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh Islam melalui al-Quran dan hadis Nabi sejak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. Ini adalah bukti yang jelas bahawa Allah yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha Mengetahui segala rahsia kejadian.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. semenjak seseorang itu belum lahir ialah rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat, tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah juga sebaliknya.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Friday, September 2, 2011

Hadis 3 : Rukun Islam

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn Khattab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengan Ragulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu terbina atas lima perkara - naik saksi mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adala Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan"

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan tentang rukun Islam yang mengandungi lima perkara. Hadis ini mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini, Islam seseorang itu akan goyah dan runtuh. Ini membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun Islam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan Islam sebaiknya kecuali bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan Islam.

Ikatan antara rukun-rukun Islam:

Sempurna Iman bagi yang menerima sepenuhnya
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Bagi sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Bagi sesiapa yang menerima tetapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Bagi sesiapa yang melakukan dan ikrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat ibadah:
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan Tuhannya - pertama dihisab
Zakat - suburkan/berkat harta - sucikan diri
Haji - wajib segerakan bagi yang mampu
Puasa - syahwat dikekang / maksiat terhindar

wallahua'lam.. Salam'alaik

Rujukan : Hadis 40
Susunan : Imam An-Nawawi

Sunday, August 28, 2011

Hadis 2 : Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم
Daripada Saidina 'Umar r.a. juga berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi s.a.w. lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya di adat dua peha Baginda seraya berkata: "Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam." Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya." Lelaki tersebut berkata: "Benarlah engkau." Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: "Terangkan kepadaku tentang Iman." Baginda sersabda: " (Iman itu adalah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk." Lelaki itu berkata: "Benarlah engkau." Dia bertanya lagi: "Terangkanlah kepadakutentang Ihsan." Baginda bersabda: "Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Lelaki itu bertanya lagi: "Terangkan kepadaku tentang kiamat." Baginda bersabda: "Orang yang ditanya tentang kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya." Lelaki itu berkata: "Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya." Baginda bersabda: "(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya)." Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: "Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu" Aku berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Baginda bersabda: "Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada maku untuk mengajar kamu tentang agama kamu."

Pengajaran Hadis:

Agama Islam adalah agama yang datang daripada Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu sukun Islam, rukun Iman dan Ihsan.

Rukun islam terdiri daripada lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun Iman terdiri daripada enam perkara: percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari kiamat dan beriman dengan Qadar baik dan buruk datang daripada Allah.

Ihsan pula ialah beribadat kepada Allah seolah-olah kita sedang melihat Allah. Sekiranya tidak mampu, yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Hadis ini turut mengajar adab-adab menimba ilmu. Ilmu dalam Islam perlulah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. Ilmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid perlulah mempunyai adab-adab yang tiggi sepertimana Jibril ketika datang mengadap Rasulullah s.a.w. untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar dan menjawab soalan yang diketahui dan meniggalkan apa yang dia tidak tahu. Itu tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari kiamat adalah peristiwa besar. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah s.a.w.. Sesiapa yang mengaku bahawa dia mengetahui bila berlaku hari kiamat, maka dia adalah seorang penipu besar. Walaupun tarikh kiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba.

Wallahua'lam.. Salam'alaik..

Rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Hadis 1 : Niat




عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin, 'Umar ibn al-Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amal. Amalan baik mestilah disertakan dengan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Begitu juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, contohnya kerana riak, menunjuk-nunjuk atau kerana tujuan duniawi, maka ia tidak memberi apa-apa faedah di akhirat kelak.
Ulama' ada mengatakan bahawa sesuatu amalan kecil itu boleh menjadi besar kerana niat dan sesuatu amalan besar itu boleh menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan itu dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [Hadis riwayat Muslim]

 wallahua'lam.. salam'alaik

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam an-Nawawi