Pengarang: Al-Ustadh Sa'id Hawwa
Ciri-ciri Mujahidin:
- Tidak menghiraukan celaan orang yang mencela
- Berjuang kerana Allah
- Berjuang pada jalan Allah
- Berjuang dengan tangan, lidah dan hartanya
- Berjuang dengan pelbagai cara yang dibenarkan
- Bersedia menanggung segala tekanan
Syarat-syarat Jihad:
- Bebaskan diri dari mencintai kehidupan dunia dan orang yang berilmu
- Mesti ada ilmu
- Mesti ada kezuhudan (zuhud ini bermaksud dirinya tidak terikat dengan perkara duniawi)
- Bersedia untuk mati pada jalan Allah
Tanggapan yang salah mengenai jihad:
- "Islam agama Allah, maka Allah pasti akan menolong agamaNya, maka kita tidak perlu berkorban (berjihad)"
- "Jika kita sudah membaiki diri kita, maka tidak wajib untuk membaiki orang lain"
Jihad dengan Hati:
- Ahli-ahli fiqh - Berdiam diri daripada perkara bid'ah dan mungkar bermakna kita turut berkogsi dosa, melainkan tidak mampu untuk halang / hapus
- Ahli-ahli fiqh Mazhab Hanafi - Berdiam diri daripada bid'ah dan mungkar bermakna ia redha dengan perkara tersebut sekiranya ia mampu menghalang. Jika tidak, maka memadailah baginya mengingkari dengan hatinya
- Jika sudah mengetahui bahawa tidak mampu untuk mengubah orang kafir, maka tidak boleh menentang mereka secara bersendirian. Kerana penentangan itu tidak membawa apa-apa kemuliaan terhadap agama.
- Apabila mengetahui bahawa orang-orang Islam itu tidak berhenti melakukan mungkar malah akan memudaratkan jika diteruskan, maka dalam keadaan itu tidak mengapa dia tidak bertindak.
Keadaan yang membolehkan untuk meninggalkan Jihad:
- yakin bahawa tindakannya tidak akan menghapuskan keburukan
- pasti yang bahaya akan menimpanya akibat suruhan atau tegahannya itu.
Jenis-jenis jihad yang disebut dalam al-Quran
- jihad dengan lisan
- jihad dengan pengajaran
- jihad dengan tangan dan diri
- jihad politik
- jikad harta
> Jihad yang dibuat dalam negara Islam diberi nama "amar makruf nahi mungkar"
> Jihad yang dibuat di luar negara Islam dipanggil "jihad"
[ini hanyalah ringkasan daripada mukadimah buku tersebut yang telah dibincangan semasa usrah]
wallahua'lam.. salam'alaik..
No comments:
Post a Comment