Pages

Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

solat istikharah

Ustaz Sazli al-Ansari

Kaifiat solat Istikharah:
  1. Puasa 3 hari @ seminggu @ sebulan
  2. Qiammullail
  3. Istiqamah dengan al-Quran
  4. solat Istikharah
Tujuan puasa, qiam, dan membaca al-Quran adalah untuk menyucikan fikiran kita dari dipengaruhi nafsu dan agar tidak "berat sebelah" ketika solat istikharah dilaksanakan. 

Sewaktu solat dilaksanakan, jangan difikirkan sesuatu yang kita mahu diantara pilihan-pilihan yang ada dan solat istikharah bukanlah untuk memohon agar Allah bersetuju dengan pilihan kita tetapi agar Allah memberi petunjuk pilihan terbaik untuk diri kita.

Setelah selesai solat, yakinlah dengan ketentuan Allah. Jika petunjuk Allah itu bukanlah pilihan kita, yakinlah dengan Allah. Allah merancang, manusia juga merancang. Ketahuilah Allah ialah sebaik-baik perancang. Setiap ketentuan Allah itu ada hikmah. Walaupun pahit, tetapi amat bermakna buat diri kita. 
Wallahu'alam

Friday, July 15, 2011

hikmah 56

Ustaz Sazli al-Ansari
Tasawwuf
Syarah al-Hikam
Hikmah 56: Jangan Merasa Gembira Atas Perbuatan Taat

"Jangan berasa gembira atas perbuatan taat (bakti) kerana kamu berasa telah dapat melaksanakannya, tetapi bergembiralah atas perbuatan taat itu kerana ia sebagai kurnia taufik, hidayah daripada Allah kepadamu. Katakanlah: Kerana berasa mendapat kurnia dan rahmat Allah, mereka harus gembira. Itulah yang lebih baik daripada yang dapat mereka kumpulkan"


Mengingatkan kurniaan Allah SWT dalam apa jua bentuk ketaatan kepadaNya menjadikan seseorang itu benar-benar berada di atas landasan kebenaran yang mengikut syariat.

Kita sepatutnya gembira jika kita merasakan ketaatan kita kepada Allah itu datang daripada Allah. Bukan gembira kita taat kepada Allah kerana diri kita. Ulama tasawwuf menganggap hal ini sebagai kufur nikmat, iaitu nikmat kesempatan dan peluang yang telah dikurniakan oleh Allah untuk kita berbuat taat kepadaNya.

Syeikh Zarruq membahagikan gembira kepada 3:

  1. Diharap pahala atau takut balasan
  2. Wujud dan gembira daripadaNya untuk pembersihan diri
  3. Gembira sebab ada jalinan kasih sayang dengan Allah
Ibn 'Abbas r.a. berkata: "Fadlullah atau kurniaanNya bermaksud al-Quran, dan rahmatNya bermaksud Islam. Dengan makna lain, hendaklah mereka gembira dengan apa yang didatangkan daripada Allah SWT, al-Quran dan Islam. Sesungguhnya mereka seharusnya lebih gembira dengan kurniaan ini."

Syeikh Zarruq mentafsirkan dengan katanya: "Janganlah kamu gembira kecuali dengan kurniaan Allah SWT kerana Dia yang mengurniakanmu dan mengingatkanmu akan kurniaanNya terhadap apa-apa yang kamu kuasai. Bukan kamu mengumpulkannya sebagai koleksi faedah dengan kurniaan itu. Hal ini kerana bergembira dengannya sahaja. Sebenarnya itulah kelalaian tetapi hendaklah bergembira dengan kurniaan Allah SWT.

Konklusi hikmah yang dipelajari ini ialah kita sepatutnya seronok Allah SWT beri peluang berbuat taat kepada Allah dan bukannya seronok berbuat taat kepada Allah. Wallahu'alam...

Thursday, July 14, 2011

hikmah 50

Ustaz Syazli al-Ansari
tasawwuf
Syarah al-Hikam
Hikmah 50: Tidak Ada Dosa Kecil Apabila Berhadapan Dengan KeadilanNya

"Tidak ada dosa kecil apabila engkau berhadapan dengan keadilanNya, dan tidak beerti dosa besar berhadapan dengan kurniaanNya"

"Tidak ada dosa kecil apabila engkau berhadapan dengan keadilanNya" bermaksud walaupun dosa yang kita lakukan itu kecil, Allah tetap memberi balasan yang setimpal kerana Allah itu Maha Adil. Jangan sesekali kita fikir bahawa dosa kecil yang kita lakukan tidak memdapat apa-apa balasan.

"Tidak beerti dosa besar berhadapan dengan kurniaanNya" bermaksud walaupun dosa yang kita lakukan itu merupakan dosa besar, tetapi ketahuilah bahawa Allah itu Maha Kaya dan Maha Pengampun. Hal ini telah dibincangkan dalam hikmah 49

"Sekiranya mereka mendapat kurniaanNya nescaya tiada lagi bagi mereka sebarang kejahatan, dan sekiranya keadilanNya ditegakkan atas mereka, nescaya tidak kekal bagi mereka kebaikan"

Inilah hakikat tauhid yang sebenarnya. Perhambaan yang dilakukan oleh hamba Allah sekalipun penuh dengan ketaatan, tidak mungkin dapat dibandingkan dengan kurniaan Allah, dan sudah tentu tidak setimpal.

Allah berfirman:
نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ {49}وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْأَلِيمُ{50}

Khabarkanlah kepada hamba-hamba Ku bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih

Abu Hayyan berkata mengenai ayat diatas bahawa betapa penyayangnya Allah kerana disebutnya "sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" sebelum "sesungguhnya azabKu adalah azab yang sangat pedih". semua ini membuktikan bahawa Allah lebih suka memberi keampunan dan rahmat berbanding dengan azab.

"Ya Allah, jadikanlah segala kejahatan kami, kejahatan orang yang Engkau kasihi, dan jangan jadikan kebaikan kami kebaikan orang yang Engkau murkai"

Hak ini kerana, Ihsan tidak bermanfaat sekiranya bersama dengan kemarahan Allah, dan kejahatan tidak memberi mudarat apabila bersama kasih sayang Allah. 

wallau'alam....

Wednesday, July 13, 2011

hikmah 49

Ustaz Sazli al-Ansari
Tasawwuf
Syarah al-Hikam
hikmah 49: Jangan Sampai Terasa Besarnya Dosa sebagai Penghalang

"Jangan sampai kamu terasa besarnya dosa itu hingga merintangi engkau daripada husnu al-zhon (baik sangka) terhadap Allah SWT, maka dia akan menganggap kecil dosanya itu di samping luasnya kemurahan Allah"


Sewajarnya kita berharap kepada Allah dengan sepenuh hati kerana Allah Maha Kaya dari yang kaya-kaya dan suka kepada hambaNya yang meminta kepadaNya. Sebesar mana pun dosa kita kepada Allah, ketahuilah bahawa keampunan Allah lebih besar. sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Jika kita berada di dalam kesusahan, bacalah surah al-Inshirah untuk mendapat kemudahan. Tetapi tetapkan niat bahawa bukan surah itu yang memberi kemudahan kepada kita, tetapi Allah yang mengurniakan segala bentuk kemudahan kepada kita. Surah al-Inshirah itu hanyalah berfungsi sebagai "penyambung" kita dengan Allah.



أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ(1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَك(2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ(3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ(4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(6) فَإِذَا فَرَغْتَ  فَانْصَبْ(7) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ(8

Manusia dalam perkara takut dan berharap terbahagi kepada 3 golongan:
  • Ahli permulaan: melebihi perasaan takut daripada mengharap kepada Allah
  • Ahli pertengahan: menyamakan perasaan takut dan mengharap
  • Ahli yang sampai: melebihkan pengharapan
Apa yang dimaksudkan dengan takut dan mengharap ialah ketika seseorang itu berdoa untuk memohon ampun daripada Allah, seseorang itu berdoa dengan perasaan takut taubatnya deterima ataupun dia berdoa dengan mengharap agar dosanya diampunkan. Jika seseorang itu berdoa dengan penuh pengharapan, bermakna dia telah bersangka baik kepada Allah dan yakin kepada kemurahanNya.

Kata ulama: "Sesungguhnya taat bila kamu rasa kecil, ia adalah besar di sisi Allah SWT, dan maksiat bila kamu merasakan besar, ia adalah kecil di sisi Allah SWT"

akhir kalam, "Lima keadaan dosa yang lebih besar daripada melakukan dosa, iaitu mengagung-agungkan dosa lebih besar daripada melakukan dosa; memperkecilkan dosa lebih besar daripada melakukan dosa; bertekad melakukan dosa lebih besar daripada melakukan dosa; melakukan dosa secara terang lebih besar daripada melakukan dosa, dan berani melakukan dosa lebih besar daripada melakukan dosa."




p/s : kalau x phm ape2, tanye jela.. sebab ni ilmu tasawwuf.. kalau salah phm bahaye~

Tuesday, July 12, 2011

hikmah 48

Ustaz Syazli al-Ansari
Tasawwuf
Syarah al-Hikam
hikmah 48: Sebahagian tanda matinya hati

"Sebahagian tanda matinya hati ialah jika tidak merasa sedih (susah) kerana tertinggalnya suatu amal kebaikan (kewajiban) juga tidak menyesal jika terjadi sesuatu pelanggaran dosa"


Jika hati kita hidup, kita akan berasa resah dengan maksiat yang telah kita lakukan dan berasa tenang dan lazat dengan ketaatan kita kepada Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah hati dengan kejahatannya, maka dialah orang Mukmin.


Jadi, mukminkah kita sekarang ini? sudah tercapaikah perkara yang telah Rasulullah sebutkan?

Ibn Mas'ud berkata, "Orang Mukmin melihat dosa dirinya seumpama dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya seumpama lalat yang hinggap di atas hidungnya, maka dia menepisnya dengan tangan lalu terbanglah lalat tersebut"


salah satu cara untuk memastikan hati kita sentiasa hidup adalah dengan berzikir, iaitu mengingati Allah. Dengan zikir, hati kita hidup. Apabila kita tidak berzikir atau mengingati Allah, hati kita akan lalai. pada saat itu hati kita mengalami saat² kematian. Apabila kita terus lalai, sehingga lalai itu pecah, seseorang itu akan menyalahkan Allah.

Lalai yang berterusan ini diibaratkan seperti seorang tua yang dipotong kakinya kerana menghidap sakit kencing manis. Ditanyakan kepadanya apa punca kakinya dipotong. Katanya, dia amat minat minum kopi. Dalam sehari, 3 kali dia akan minum kopi; pagi, petang, malam. Adakah kerana dia minum kopi semalam, dia dipotong kaki? adakah kerana dia minum kopi minggu ini dia dipotong kaki? Sudah semestinya tidak. orang tua itu minum kopi sejak dia remaja. sudah lebih 25 tahun dia minum kopi. Oleh kerana terlalu banyak makan gula, dia menghidap kencing manis.


Begitulah lalai diumpamakan. Bukan kerana semalam kita lalai, hati kita telah mati. tetapi hati kita telah lama lalai mengingatiNya. Lama kelamaan, lalai itu akan menyebabkan kita lupa bahawa hidup kita ini sebenarnya telah diatur dan dirancang oleh Allah swt.

Sedikit panduan untuk menghidupkan kembali hati yang dalam kematian:
> hidup dalam suasana yang soleh
> bergaul bersama-sama dengan orang yang soleh/solehah
> sentiasa mencari ilmu agama
> istiqamah berbuat baik
> sentiasa berzikir kepada Allah


p/s : sori lmbt share.. bz sikit cuti ni.. huhu.. x balek rumah lg nih.. T.T

Thursday, May 26, 2011

Bidadari~ ^.^

Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

1. “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat: 48-49)
2. “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad: 52)
3. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan: 56)
4. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan: 58)
5. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan: 70)
6. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan: 72)
7. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan: 74)
8. “Mereka berbaring pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan : 76)
9. “mereka berbaring di atas pelamin-pelamin berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur: 20)
10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah: 22-23)

InshaAllah ni la ganjaran bagi kita (muslimin) yang taat perintah Allah, menjadikan Islam bukan sahaja sebagai agama yang dianuti, tetapi cara hidup kita. harap-harap dapat la ganjaran ni nanti.. hihihihi.. InshaAllah.... ^.^

Saturday, May 21, 2011

ukwah islamiyyah

hati ini bersatu kerana kemahuan dan ketentuan Allah [al-Anfal;62-63]
"dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dia yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin. dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkara, Maha Bijaksana"




prasyarat ukhwah:

> ikhlas
bukan senang nk ikhlas ni.. mcm abg jihad pesan aritu.. "ikhlas ni umpama semut hitam, atas batu yang hitam, di padan pasir, pada malam yang gelap gelita tanpa bulan dan bintang"(lebih kurangla).. ikhlas ni plak niat kite kerana Allah s.w.t.. orang kita ramai yang salah faham mksud ikhlas.. "aku buat ni da kire ikhlas la ni. sebab aku x dpt upah or ganjaran"

> atas dasar iman dan takwa [az-Zukhruf; 67]
"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
jika kita melakukan semua perkara atas iman dan takwa, nescaya perkara itu diberkati dan diredhai Allah. kita telah meletakkan Allah dihadapan dan dalam semua perkara. janganlah kita bersahabat demi kepentingan diri kita sahaja.

> menjaga adab dan etika bersahabat
boleh refer post terdahulu [click here] sebenarnya, amatlah banyak etika dan adab bersahabat. gunakanlah nikmat akal yang telah dikurniakan Allah untuk memikirkan apa yang baik dan apa buruk.

> berlandaskan prinsip "nasihat menasihati kerana Allah"
point ni agak penting. sebagai sahabat, kita perlulah saling nasihat menasihati. sebagai pihak yang memberi nasihat, nasihat itu perlulah kerana Allah untuk menegur dan membaiki diri serta kesalahan sahabat tersebut. bukan nasihat itu disertai dengan sifat amarah dan dendam mahupun untuk memalukan sahabat kita. sebagai pihak yang menerima nasihat, yakinlah bahawa sahabat kita menasihati agar dapat membaiki diri kita yang serba lemah dan kekurangan. bersangka baiklah kepada mereka.

> tolong-menolong dalam senang dan susah
bukan hanya ketika susah dihulurkan bantuan, malah ketika senang juga. turutlah berasa senang dengan kejayaan atau pencapaian sahabat kita agar dia rasa dihargai. bukan berasa jealous dengan pencapaiannya.



Thursday, April 7, 2011

kubur~

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah supaya kamu dapat menjawabnya.

Monday, March 14, 2011

Air terjun~

Jika diamati air terjun, terasa diri ini mempunyai hubungan dengannya....


Air terjun... senantiasa berarus.. kadang² deras, kadang² perlahan.. 
Namun terdapat batu² sungai; besar, kecil, tajam dan licin yg menghalang arus air..
tetapi air itu masih lagi mampu mengalir di celahan² kecil batu... ada yg menenggelamkan batu yang menghalang perjalanannya....
Malah, terdapat batu yang saban hari menjadi kecil gara² dipukul air..

Beginilah diri kita sebagai pendakwah.. diibaratkan seperti air.. Usaha dakwah yang tak pernah berhenti mahupun berkurang.. Batu² sungai itu diibaratkan seperti cabaran dan halangan.. batu² yang ditenggelamkan itu ialah mereka yang cuba menjatuhkan dan memutuskan usaha dakwah kita... Namun, mereka turut menerima kesan dakwah kita sepertimana batu² yang telah dipukul air sungai..


Itulah uniknya usaha dakwah.. tanpa perlu menggunakan kekesaran, seseorang itu boleh menerima dengan hati yang terbuka.. Dan ingatlah wahai pendakwah bahawa kita hanyalah memberi arah ke jalan yang benar.. tetapi hak mereka untuk memilih jalan tersebut atau tidak.. Janganlah kita berasa kecewa mahupun marah sekiranya usaha kita diambil mudah kerana ingatlah, Allah telan menjanjikan begitu banyak nikmatNya ke atas mereka yang berdakwah ke jalanNya.

Monday, March 7, 2011

7 Ayat² Cinta~

Sabda Rasulullah, “barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah dan malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan…”


  1. Bismillahirrahmanirrahim di stiap kali hendak melakukan sesuatu
  2. Alhamdulillah setiap kali habis melakukan sesuatu
  3. Astaghfirullah jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk
  4. InshaAllah jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
  5. Lahaulawalaquwwataillabillah bila x dpt melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk
  6. Innalillah jika menghadapi musibah atau melihat kematian
  7. Laa ilaa haa illAllah bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya


Amalkanlah slalu moga² kite tergolong dlm kalangan ghuraba' yg telah dipilih oleh Allah s.w.t........