Walaupun lelaki ini buta, namun hatinya dapat melihat. Beliau mati syahid dalam sebuah peperangan. Meskipun Allah mengecualikan orang yang buta untuk turut berperang, namun dia tetap berangkat ke medan perang sehingga terbunuh sebagai syahid di jalan Allah.
"Meskipun Allah mengambil cahaya kedua-dua matakuTapi akal dan hatiku terdapat cahaya yang menggantikannya Hatiku tetap cerdas dan akalku sentiasa warasDalam lisanku ada pedang tajam yang sentiasa terhunus"
Lelaki tersebut datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah seorang lelaki buta. Antara rumahku dengan masjid terdapat lembah yang berair. Rumahku jauh dan tidak ada seorang pun yang dapat membimbingku datang ke masjid. Adakah engkau memberikan rukhsah (keringanan) bagiku untuk mengerjakan solat di rumah?"
Rasulullah s.a.w. melihat kesulitan dan uzur nyata yang dialaminya. Baginda lalu bersabda, "Ya". Lelaki itu pun beranjak pergi. Namun tidak lama kemudian, baginda memanggilnya seolah-olah baginda teringat akan sesuatu yang sebelumnya dilupakan. Rasulullah kemudian bersabda, "Adakah kamu masih mendengar seruan azan untuk mengerjakan solat berjemaah?" Dia menjawab, "Ya". Baginda lalu bersabda, "Kalau bgitu, penuhilah seruan tersebut". [Hadis riwayat Muslim]
++++++++++++++++++++++++++
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang mendengar seruan (azan) namun dia tidak mendatanginya, maka tidak ada (pahala) solat baginya, kecuali apabila kerana uzur" [Hadis riwayat Ibn Majah]
Ulama hadis telah menjadikan hadis ini sebagai dalil yang mewajibkan solat berjemaah dan kewajipan itu hanya gugur jika terdapat uzur syar'i.
Pada suatu malam, Rasulullah s.a.w. membariskan para sahabatnya untuk melaksanakan solat isyak, lalu baginda mendapati saf yang ada sangat sedikit. Baginda berdiri dengan marah dan berkata:
Berapa lama waktu kita habiskan untuk mengerjakan solat berjemaah? Kira-kira itu sama dengan waktu yang kita gunakan untuk makan, minum, tidur, dan istirehat, hanya sekejap sekali. Padahal dengan mengerjakan solat berjemaah, kaum mukminin mampu meningkatkan kualiti diri mereka di sisi Allah, dan kaum munafik kian bertambah terpuruk. Dengannya pula diketahui, mana wali Allah dan mana wali syaitan sehingga dapat dibezakan antara mukmin dengan orang munafik.
Marilah kita sentiasa menjaga solat-solat ini ketika kita dipanggil untuk mengerjakannya. Marilah kita berlumba untuk mngisi saf pertama di masjid.
Wallahua'lam.. salam'alaik
sumber: "Koleksi Khutbah Edisi Lengkap", Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
"Aku bersumpah demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh aku berniat agar solat dilaksanakan, lalu aku minta diambilkan seikat kayu bakar dan dinyalakannya. Kemudian aku tinggalkan orang-orang yang solat untuk mencari mereka yang tidak menghadiri solat berjemaah bersama kami lalu aku bakar rumah mereka" [hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Berapa lama waktu kita habiskan untuk mengerjakan solat berjemaah? Kira-kira itu sama dengan waktu yang kita gunakan untuk makan, minum, tidur, dan istirehat, hanya sekejap sekali. Padahal dengan mengerjakan solat berjemaah, kaum mukminin mampu meningkatkan kualiti diri mereka di sisi Allah, dan kaum munafik kian bertambah terpuruk. Dengannya pula diketahui, mana wali Allah dan mana wali syaitan sehingga dapat dibezakan antara mukmin dengan orang munafik.
Marilah kita sentiasa menjaga solat-solat ini ketika kita dipanggil untuk mengerjakannya. Marilah kita berlumba untuk mngisi saf pertama di masjid.
Wallahua'lam.. salam'alaik
sumber: "Koleksi Khutbah Edisi Lengkap", Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
No comments:
Post a Comment