Pages

Sunday, May 29, 2011

Thursday, May 26, 2011

Bidadari~ ^.^

Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

1. “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat: 48-49)
2. “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad: 52)
3. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan: 56)
4. “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan: 58)
5. “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan: 70)
6. “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan: 72)
7. “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan: 74)
8. “Mereka berbaring pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan : 76)
9. “mereka berbaring di atas pelamin-pelamin berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur: 20)
10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah: 22-23)

InshaAllah ni la ganjaran bagi kita (muslimin) yang taat perintah Allah, menjadikan Islam bukan sahaja sebagai agama yang dianuti, tetapi cara hidup kita. harap-harap dapat la ganjaran ni nanti.. hihihihi.. InshaAllah.... ^.^

Tuesday, May 24, 2011

haji wada' Rasulullah s.a.w

Pada haji terakhir Rasulullah s.a.w., baginda telah menyampaikan pesanan yang amat mendalam dan penting bwt kite sbg muslim mukmin yang sejati. sbenarnye saya pon da lupa ape amanat Rasulullah pada kita. Post kali ni sebagai peringatan kita n rujukan disaat kita lupa. mari kita hayati n amalkan wasiat kekasih Allah@ role model @ manusia terbaik sepanjang zaman @ RASULULLAH S.A.W.

Baginda bersabda pada haji wada':

“Hai sekalian manusia, perhatikanlah baik-baik apa yang hendak kukatakan! Aku tidak tahu, kalau-kalau aku tidak akan bertemu lagi dengan kalian semua dalam keadaan seperti sekarang ini.”

“Hai kaum muslimin, ketahuilah bahwa darah (jiwa) dan harta benda kalian adalah suci bagi kalian, sesuci hari dan bulan yang suci ini., hingga tiba saat kalian pergi menghadap Allah, dan kalian pasti akan menghadapNya. Pada saat itulah kalian dituntut pertanggungjawaban atas segala yang telah kalian perbuat! Ya Allah… itu telah kusampaikan.”

“ Barang siapa yang menanggung beban amanat hendaklah ia menunaikan amanat itu kepada yang berhak menerimanya.”

“ Semua macam riba terlarang, tetapi kalian masih berhak menerima kembali harta pokoknya (modalnya). Dengan demikian kalian tidak berlaku zalim dan tidak pula diperlakukan zalim! Allah telah menetapkan bahwa riba tidak boleh dilakukan lagi, dan riba Al-Abbas bin Abdul Mutthalib sudah tidak berlaku!”

“ Semua tuntutan darah (pembalasan jiwa) semasa jahiliyah tidak berlaku lagi, dan tuntutan darah yang pertama kuhapuskan ialah tuntutan darah (jiwa) Ibnu Rabi’ah bin Al-Harits bin Abdul Mutthalib!”

“Hai kaum muslimin, Menukar bulan Hurum (bulan suci) dengan bulan lain adalah perbuatan menambah kekufuran, dan justeru kerana perbuatan itulah orang-orang kafir bertambah sesat. Mereka menghalalkan perbuatan yang diharamkan dalam bulan suci pada tahun yang satu dan mengharamkan perbuatan yang dihalalkan (dalam bulan-bulan biasa) pada tahun yang lain dengan maksud melengkapi jumlah bulan-bulan suci yang telah ditetapkan Allah”

“ Hai kaum muslimin, zaman berputar semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bilangan bulan menurut hitungan Allah adalah dua belas bulan, empat bulan di antaranya. Adalah bulan-bulan suci, yaitu tiga bulan berturut-turut (Dzulqi’dah, Dzulhijjah, dan Muharram) dan bulan Rajab antara bulan Jumadilakhir dan Sya’ban.”

“ Hai kaum muslimin, sebagaimana kalian mempunyai hak atas isteri-isteri kalian, mereka juga mempunyai hak ke atas kalian. Hak kalian ke atas mereka adalah melarang mereka memasukkan lelaki lain yang tidak kalian sukai ke dalam rumah kalian, dan mereka wajib menjaga diri agar jangan sampai berbuat tidak senonoh. Apabila mereka berbuat demikian itu, Allah mengizinkan kalian berpisah tidur dengan mereka, dan kalian boleh memukul mereka satu kali dengan pukulan yang tidak menimbulkan cacat badan. Jika mereka telah menghentikan perbuatan seperti itu, kalian wajib memberi nafkah, sandang-pangan, kepada mereka secara baik-baik. Hendaklah kalian berlaku baik terhadap isteri-isteri kalian, sebab mereka itu adalah rakan kongsi yang membantu kalian dan kerana mereka tidak memiliki sesuatu untuk diri mereka sendiri. Kalian telah mengambil mereka sebagai amanat Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kalian dengan nama Allah”

“Hai kaum muslimin, camkan baik-baik apa yang kukatakan. Hal itu telah aku sampaikan! Kutinggalkan bagi kalian sesuatu yang jika kalian berpegang teguh padanya. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya! Soal itu jelas bagi kalian!”

“Hai kaum muslimin, dengarkan dan fahamilah kata-kataku. Kalian pasti mengerti bahwa setiap muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dan segenap kaum muslimin adalah saudara. Namun tidak seorangpun dari kalian yang dihalalkan mengambil sesuatu milik saudaranya (sesama muslim) kecuali diberikan atas dasar kerelaan hatinya. Jangan sekali-kali kalian berlaku zalim terhadap diri kalian sendiri!”

“Ya Allah, bukankah (semuanya) itu telah kusampaikan?!!” dengan suara gemuruh membelah angkasa, kaum muslimin menyambut: “ya benar ya rasulullah!”. Beliau kemudia mohon disaksikan Allah:” Ya Allah, saksikanlah”.


moga-moga kita dpt amal n terus berada di jalan yang benar dengan izin Allah.. wallahua'lam.. salam'alaik

yeahh!!



hehehe.. ni la novel first yg abes aku bace.. sbb ni bkn novel jiwang mahupun cintan-cintun (ade sket je)..

mcm² aku dpt dr novel nie.. nilai yg paling penting aku dpt dr novel nie ialah KEIKHLASAN.. dengan ikhlas kite lupe penat lelah kerja yg kite bwt.. dengan ikhlas kite dpt lupe kesakitan hukuman.. dengan ikhlas hati mnjadi tenang..

next, kate² sakti dlm buku ni, "man jadda wajada". kalo kita berusaha, kita akan peroleh ape yg kite nk..

overall novel ni cite psl ank mude ni blaja kt skolah pondok, tnpe kerelaan diri die mule².. lame² die jd suke blaja kt situ.. spnjang pembelajaran die tu mcm² la mnde baru die blaja.. n mcm² perkara yg boleh dijadikan pengajaran ntok aku..

skang nk cari buku ni plak.. hehe

Sunday, May 22, 2011

wanita ^.^

Al Khawarizmi, seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.

Dia menjawab :

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik , tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya , tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik , tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada , maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

yang manakah kalian (wanita)? ^.^

Saturday, May 21, 2011

ukwah islamiyyah

hati ini bersatu kerana kemahuan dan ketentuan Allah [al-Anfal;62-63]
"dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dia yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin. dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkara, Maha Bijaksana"




prasyarat ukhwah:

> ikhlas
bukan senang nk ikhlas ni.. mcm abg jihad pesan aritu.. "ikhlas ni umpama semut hitam, atas batu yang hitam, di padan pasir, pada malam yang gelap gelita tanpa bulan dan bintang"(lebih kurangla).. ikhlas ni plak niat kite kerana Allah s.w.t.. orang kita ramai yang salah faham mksud ikhlas.. "aku buat ni da kire ikhlas la ni. sebab aku x dpt upah or ganjaran"

> atas dasar iman dan takwa [az-Zukhruf; 67]
"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
jika kita melakukan semua perkara atas iman dan takwa, nescaya perkara itu diberkati dan diredhai Allah. kita telah meletakkan Allah dihadapan dan dalam semua perkara. janganlah kita bersahabat demi kepentingan diri kita sahaja.

> menjaga adab dan etika bersahabat
boleh refer post terdahulu [click here] sebenarnya, amatlah banyak etika dan adab bersahabat. gunakanlah nikmat akal yang telah dikurniakan Allah untuk memikirkan apa yang baik dan apa buruk.

> berlandaskan prinsip "nasihat menasihati kerana Allah"
point ni agak penting. sebagai sahabat, kita perlulah saling nasihat menasihati. sebagai pihak yang memberi nasihat, nasihat itu perlulah kerana Allah untuk menegur dan membaiki diri serta kesalahan sahabat tersebut. bukan nasihat itu disertai dengan sifat amarah dan dendam mahupun untuk memalukan sahabat kita. sebagai pihak yang menerima nasihat, yakinlah bahawa sahabat kita menasihati agar dapat membaiki diri kita yang serba lemah dan kekurangan. bersangka baiklah kepada mereka.

> tolong-menolong dalam senang dan susah
bukan hanya ketika susah dihulurkan bantuan, malah ketika senang juga. turutlah berasa senang dengan kejayaan atau pencapaian sahabat kita agar dia rasa dihargai. bukan berasa jealous dengan pencapaiannya.



Monday, May 16, 2011

akal

Rasulullah s.a.w. bersabda:

  • Setiap suatu ada senjata dan persediaan; senjata orang mukmin ialah akal
  • Setiap suatu ada tunggangan; tunggangan seseorang itu ialah akal
  • Setiap suatu ada pendokong; pendokong agama adalah akal
  • Setiap kaum ada tujuan; tujuan orang mukmin ialah akal
  • Setiap kaum ada penyeru; penyeru seorang 'abid adalah akal
  • Setiap peniaga ada barang dagangan; barang dagangan orang mujtahidin adalah akal
  • Setiap penghuni rumah ada nilainya; nilai rumah para Al-Siddiqin adalah akal
  • Setiap kemusnahan ada pemakmurnya; pemakmur akhirat adalah akal
  • Setiap seseorang ada asal nasab keturunannya dan disebut dengannya; asal keturunan As-Siddiqin yang dinasabkan kepadanya dan disebut dengannya ialah akal
  • Setiap perjalanan ada khemah besar (untuk berteduh); khemah besar kaum mukminin adalah akal

Thursday, May 12, 2011

Tuesday, May 10, 2011

T E R I M A K A S I H

terima kasih bwt semua abang² naqib n kakak² naqibah atas segala pengorbanan yg kalian dah bwt demi kami semua... sungguh manis perjuangan kalian.. perjuangan itu telah mmbuatkn air mataku menitis.. tp mampukah kami untuk mengganti tempat kalian nnt? layakkah kami? adakah kami calon terbaik? terima kasih yg tak terhingga bwt kalian. hanya Allah yg bisa membalas jasa kalian.

Setiap malam aku memikirkan perkara ini. Aku tak tahu sebegini besar pengorbanan itu. usaha² kalian sungguh murni. smakin lama aku fikirkannya, smakin sebak hati ini. tidak kami sedar selama ini. dari tri sem 1 kita bersama, tapi hanya sekarang baru aku tahu..

terima kasih abang hafizi kerana ceritakan perkara ini kepadaku. jika tidak sudah semestinya aku akan terus lalai memakan jasa kalian.

Monday, May 9, 2011

balas

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

Tuesday, May 3, 2011

TRAUMA!!

Trauma lama berulang kembali.
Walaupun masih diselubungi dengan kerisauan dan ketakutan,
namun, aku lebih tenang menghadapinya.
Aku tanam tekad yang menggunung kerana Allah,
hujan yang lebat ini aku redah,
demi mencari ilmu penyuluh kegelapan.
Demi menerangi lorong yang gelap
agar bisa kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah, kau kuatkanlah hambaMu ini mengharungi segala rintangan dan cabaran dalam mencari ilmu hakiki