Berpisah dengan tempat tidurku sehariAda dua malam yang kita perlu sentiasa fikirkan - malam ketika kita berada dirumah bergurau senda dengan keluarga dan malam ketika malaikat maut datang kepada kita lalu kita diletakkan di dalam kubur seorang diri. Para Ulama' dan cerdik pandai menangis dan resah ketika membayangkan malam pertama mereka di dalam kubur.
Itu telah membuat hilang ketenanganku
Malam pertama di alam kubur
Demi Allah, katakan kepadaku bagaimana keadaannya.
Menurut syair yang dianggap sebagai warisan bangsa Arab yang terpenting,
Akan datang hari di mana aku pergi tanpa dapat membantahKisah Saidina Umar bin Abdul Aziz
Anak-anakku berada di kedua tepi kubur sambil memujuk
Mereka mengatakan jangan pergi sementara mereka terus menanamku
Tidak ada tempat pemergian yang jauh selain dari tempat ini.
Saidina Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah semasa pemerintahan Bani Umayyah. Beliau seorang yang gemar menggantikan pakaian lebih daripada sekali dalam sehari. Beliau memiliki emas dan perak, pembantu dan istana, serta pelbagai makanan dan minuman. Semua yang dia inginkan ada di dalam genggamannya. Namun ketika beliau dilantik menjadi khalifah dan bertanggungjawab menguruskan kepentingan kaum muslimin, beliau meninggalkan semua itu kerana sentiasa ingat dengan malam pertama di alam kubur.
Pada hari Jumaat, beliau berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah sambil menangis di mana sebelumnya, beliau telah dibaiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah kamum muslimin. Beliau berkata kepada semua panglima perang, menteri, ulama', pujangga dan gabenor, "tariklah semula baiah kamu!" Namun mereka berkata, "Kami tidak menginginkan pemimpin selain anda". Selang seminggu kemudia, beliau kelihatan kurus dan lemah. Keadaannya benar-benar jauh berubah; beliau tidak lagi memakai pakaian lain melainkan sehelai pakaian. Lalu mereka bertanya kepada isteri Saidina Umar bin Abdul Aziz, "Ada apa dengan Umar itu?" Si isteri menjawab, "Demi Allah, beliau tidak lagi lena tidur malam. Jika tidur di atas katilnya, beliau berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidur di atas bara api lantas berkata "aku telah menerima jawatanku untuk mengurus umat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada hari kiamat kelak aku akan diminta pertanggungjawaban oleh orang fakir dan miskin, anak yatim dan para janda".
Persoalan sekarang ini, apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi malam pertama kita di kubur kelak?
Rasulullah s.a.w. bersabda "kubur itu ada kalanya menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan ada kalanya pula menjadi salah satu lubang yang ada di neraka"
Wallahua'lam.. salam'alaik...
sumber: Koleksi Khutbah - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
No comments:
Post a Comment