Salam'alaik..
telah lama aku menyepi dari membuka mahupun mengupdate blog ini.
Masa yang singkat hidupku di dunia ini sibuk dengan perkara duniawi.
Amatlah sedikit masa yang aku luangkan untuk bekalanku di akhirat kelak.
Jika diimbau kembali, seringkali aku ungkapkan alasan untuk berdakwah atau mengajak kepada kebaikan sebagai jalan aku melepaskan diri dari hanyut melakukan hal-hal duniawi.
Namun jika difikirkan kembali, mana dakwahnya? mana kebaikannya?
Aku masih lagi bebas bergaul. Alasannya, "Ingin rapat dengan mereka. Nanti senanglah nak ajak ke arah kebaikan".
Aku masih lagi banyak mengalah dalam berbincang mengenai agama. Alasannya, "Tidak mahu bertikam lidah".
Ayat-ayat hafazan masih belum dihafal apatah lagi diamalkan. Alasannya, "sibuk dengan program-program persatuan".
Hidup penuh dengan alasan.
InshaAllah akan aku update blog ini dari masa ke semasa. Harap dengan sedikit penulisanku ini dapat menjadi bekalan yang tidak putus-putus bagiku di akhirat kelak.
Wallahua'lam. Salam'alaik...
"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, al-Quran sebagai panduan hidupku, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasulku"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment