hati ini bersatu kerana kemahuan dan ketentuan Allah [al-Anfal;62-63]
"dan jika mereka hendak menipumu, maka cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu. Dia yang memberikan kekuatan kepadamu dengan pertolonganNya dan dengan (dukungan) orang-orang mukmin. dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkara, Maha Bijaksana"
prasyarat ukhwah:
> ikhlas
bukan senang nk ikhlas ni.. mcm abg jihad pesan aritu.. "ikhlas ni umpama semut hitam, atas batu yang hitam, di padan pasir, pada malam yang gelap gelita tanpa bulan dan bintang"(lebih kurangla).. ikhlas ni plak niat kite kerana Allah s.w.t.. orang kita ramai yang salah faham mksud ikhlas.. "aku buat ni da kire ikhlas la ni. sebab aku x dpt upah or ganjaran"
> atas dasar iman dan takwa [az-Zukhruf; 67]
"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa"
jika kita melakukan semua perkara atas iman dan takwa, nescaya perkara itu diberkati dan diredhai Allah. kita telah meletakkan Allah dihadapan dan dalam semua perkara. janganlah kita bersahabat demi kepentingan diri kita sahaja.
> menjaga adab dan etika bersahabat
boleh refer post terdahulu [click here] sebenarnya, amatlah banyak etika dan adab bersahabat. gunakanlah nikmat akal yang telah dikurniakan Allah untuk memikirkan apa yang baik dan apa buruk.
> berlandaskan prinsip "nasihat menasihati kerana Allah"
point ni agak penting. sebagai sahabat, kita perlulah saling nasihat menasihati. sebagai pihak yang memberi nasihat, nasihat itu perlulah kerana Allah untuk menegur dan membaiki diri serta kesalahan sahabat tersebut. bukan nasihat itu disertai dengan sifat amarah dan dendam mahupun untuk memalukan sahabat kita. sebagai pihak yang menerima nasihat, yakinlah bahawa sahabat kita menasihati agar dapat membaiki diri kita yang serba lemah dan kekurangan. bersangka baiklah kepada mereka.
> tolong-menolong dalam senang dan susah
bukan hanya ketika susah dihulurkan bantuan, malah ketika senang juga. turutlah berasa senang dengan kejayaan atau pencapaian sahabat kita agar dia rasa dihargai. bukan berasa jealous dengan pencapaiannya.
Ini hanyalah pendapat dan ulasan saya tentang ukhwah islamiyyah yang dipelajari pada 20.5.2011. ketika usrah dengan abang baihaqi. jika terdapat sebarang kekurangan sila tambah ye~ ^.^
"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, al-Quran sebagai panduan hidupku, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasulku"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment