Pages

Monday, August 22, 2011

~Cinta Islamik~

Sudah memang menjadi lumrah manusia untuk bercinta dan dicintai.. Apabila sudah bercinta, ada pula yang menjadikan agama sebagai platform untuk menghalalkan percintaan.. Islam sudah terang-terang mengharamkan percintaan sebelum perkahwinan..

Antara ayat yang sering diungkapkan oleh mereka yang "cinta islamik" ::

"Aku couple dgn dia sbb aku nak tolong dia berubah" / "dia ubah aku"

"Aku cinta dia kerana Allah"

"Kami couple tapi tak buat maksiat pon"

"Kami couple sebab nak saling ingat-mengingati tentang agama"

"Aku bercinta dengan dia sebab nak prepare untuk baitul muslim nanti"

Firman Allah s.w.t. yang selalu kita dengar,
"Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk." (Al-Israa' : 32)
Iman kita bukan seperti iman para malaikat yang sentiasa stabil. malah jauh sekali jika dibandingkan dengan iman para nabi yang senantiasa meningkat. Sedarlah bahawa iman kita ada kalanya naik, dan ada kalanya turun. Bolehkah kita menjaga kekuatan iman kita sekiranya kita mendekati zina?

"Bagaimana pula "cinta islamik" itu mendekati zina?" soalan yang sering diajukan oleh mereka ini. Memang sepanjang bercinta secara islamik ini sering ingat-mengingati mengenai solat, amalan-amalan sunat, malah ada yang saling menberi tazkirah (berkongsi ilmu). Tetapi tanya pada diri sendiri sekiranya pasangan anda secara tiba-tiba tidak membalas SMS anda, tidak lagi menasihati anda, ada perasaan rindu dan curious tak? jika ada , itulah zina hati.. Dari zina hati inilah yang akan terbitnya zina-zina yang lain. Bermula dari perasaan sayang yang kononnya berlandaskan agama, akhirnya perasaan rindu akan terbit.

Mahukah kita pernikahan kita nanti terbina di atas dasar maksiat? Apakah kesannya nanti? Nauzubillah!! Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah bukanlah bermakna kita perlu berserah 100% kepada Allah tanpa berusaha. Kita hendaklah berusaha menjadi hambaNya yang terbaik dan sentiasa berdoa kepadaNya. Sepertimana firman Allah di dalam surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (An-Nur : 26)
 Memang benar untuk menolak lumrah yang manis ini memang sesuatu yang pahit, tapi yakinlah bahawa hasilnya nanti lebih manis, malah kemanisan yang penuh keberkatan! InshaAllah!

Mari kita amal doa ajaran Rasulullah ini di dalam sujud terakhir setiap solat kita
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa" (Al-Furqan : 74)
 wallahua'lam....

1 comment:

TantePiya said...

baru dengar view dari senior last month

zina hati tu actually, bila kita membayangkan kita sedang melakukan hubungan sex dgn org tu.

maaf direct. sekadar perkongsian.