Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin, 'Umar ibn al-Khattab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِصلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْهِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍیَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بنإبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيريالنيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amal. Amalan baik mestilah disertakan dengan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Begitu juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, contohnya kerana riak, menunjuk-nunjuk atau kerana tujuan duniawi, maka ia tidak memberi apa-apa faedah di akhirat kelak.
Ulama' ada mengatakan bahawa sesuatu amalan kecil itu boleh menjadi besar kerana niat dan sesuatu amalan besar itu boleh menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan itu dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan tidak pula menilai kebagusan wajahmu, tetapi Allah melihat (menilai) keikhlasan hatimu”. [Hadis riwayat Muslim]
wallahua'lam.. salam'alaik
rujukan : Hadis 40
susunan : Imam an-Nawawi
No comments:
Post a Comment