lidah yg dikurniakan oleh Allah merupakan nikmat yg sgt besar.. tp kita selalu guna untuk tujuan yg salah.. akibatnya, terjadilah permusuhan, pergaduhan, dan macam² lagi la perkara yg negatif..
Antara larangan yg banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut:-
1. Berdebat
Ramai yg suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. kadang² timbul situasi menyerang, menentang dan saling mencela antara mereka. Islam melarang kita berdebat walaupun kebenaran memang dipihak kita(sekiranya dibimbangi perlakunya perkara tersebut).
Nabi s.a.w. bersabda, "Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar" (riwayat abu Daud)
2. Mengumpat
Pada hari ini kita lebih seronok bercerita mengenai keburukan orang lain. Memang betul terdapat golongan yang boleh kita umpat, tp kan lebih baik kita jauhkan diri dari mengumpat.
Ingat ancaman Allah dalam firman-Nya yang bermaksud "Celakalah bagi pengumpat lagi pencela" (al-Humazah;1). drpd Anas r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud,"Ketika aku diangkat ke langit(mikraj), aku melintasi sekelompok kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga untuk melukai wajah dan dada mereka. Kemudian aku bertanya kepada Jibail: 'Siapakah mereka itu wahai Jibrail?' Jawab Jibrail:'Mereka ialah orang yang memakan daging manusia dan menjatuhkan kehormatan mereka.'"(riwayat Abu Daud)
3. Mengadu Domba
Perbuatan ini besar impaknya dalam masyarakat sehingga boleh menyebabkan perpecahan dan saling benci-membenci. Oleh sebab itu, jauhilah diri daripada mereka yg berperangai begini.
Ancaman terhadap golongan ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yg bermaksud, "tidak masuk syurga orang yang mengadu domba"(riwayat Al-Bukhari)
4. Membangga Diri
Ramai yg membangga diri untuk meninggikan darjat diri tetapi dgn cara menghina orang lain. Bercakap dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain. Sifat sombong, bongkak, dan suka mencari kesalahan orang lain yg mendorong mereka berkelakuan seperti itu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Celakalah bagi orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang tertawa,maka celakalah baginya" (riwayat Abu Daud)
5. Perkataan yang Ditegah
Kita dilarang berbicara dgn menggunakan sumpah, menyumpah orang, mengkafirkan orang, perkataan lucah, dan lain² perkataan buruk. Perkara ini amat jelas ditegah oleh Allah.
"Dan janganlah kamu turuti setiap orang yang suka bersumpah yang hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebarkan fitnah" [al-Qalam;10-11]
Apakah pengajarannya? gunalah nikmat yg telah dikurniakan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya. Ingatlah bahawa lidah boleh menjadi sebaik-baik anggota ataupun seburuk-buruk anggota. Kita yg tentukan sama ada kita mahu lidah kita menjadi baik ataupun buruk.
~semoga dengan peringatan ini, KITA dpt mengubah diri KITA. Tidak perlu berubah secara mendadak, ubahlah sedikit demi sedikit~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

1 comment:
muslim yg baik ialah muslim yg tidak menyakiti saudaranya dengan tangan dan lisan. :)
nice. suka last words tu. :)
Post a Comment