Pages

Friday, August 5, 2011

43 perkara yg menyekat rezeki

Terdpt beberapa perkara yg mempunyai kaitan dgn kesusahan atau secara lebih khusus sebgai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yg mne pd kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yg mempunyai hubung kait dgn kesusahan seseorg.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain yang dipakai.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka (menelangkup atas bantal/tilam).
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju yang dipakai.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas besar.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas (kibas dengan tangan/atau barang lain).
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan semasa wuduk @ selainnya (gunakan tangan kiri, masukkan jari kelingking tangan kiri dicelah-celah jari kedua-dua kaki).
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri (hendaklah sambil duduk).
31. memakai serban sambil duduk (hendaklah sambil berdiri).
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis (ditakuti terpercik najis yang membatalkan wuduk @ mandi junub tersebut).
33. makan dengan menggunakan dua jari (sunnah Rasul SAW dengan 3 jari- ibu, telunjuk & tengah).
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

wallahua'lam...

2 comments:

Syahidah said...

habit 14, 18. T__T
13 pn slalu

wanrandom said...

tu je ke?? aku punye hmpir semua 2.. TT_TT