Pages

Wednesday, August 3, 2011

JIKA RASULULLAH SAW DATANG KE RUMAH KITA

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dg seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita…


Baginda datang dgn tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah saw sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum… Tp barangkali kita meminta pula Rasulullah saw menunggu sebentar di depan pintu karena kita teringat video CD rated 18+ yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut kedalam. Beliau tentu tersenyum…


Bagaimanana bila kemudian Rasulullah saw bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita menjadi malu bahawa keluarga kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah saw. Barangkali kita menjadi malu bahawa keluarga kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah saw karena kita lupa dan lalai mengajar keluarga kita. Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu bahawa keluarga kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah saw dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota power rangers atau kura-kura ninja.

Barangkali kita harus menyulap satu kamar mandi menjadi ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang pantas untuk berhadapan kepada Rasulullah saw. Beliau tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan keluarga kita.

Belum lagi koleksi kaset kita dan keluarga kita.

Belum lagi koleksi karaoke kita dan keluarga kita.

Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahaui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV.

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat.

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran.

Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. 

Beliau tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah saw bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita. Betapa senyum beliau masih disitu… Bayangkan apabila Rasulullah saw tiba-tiba muncul di depan rumah kita…

Apa yang akan kita lakukan ?

Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita?Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kita kerana hal itu akan sangat membuat kita malu. 

Maafkan kami ya Rasulullah… Masihkah beliau tersenyum ?

Senyum pilu…Senyum sedih… dan senyum getir…



Oh, betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah SAW.


(Prkongsian dr seorang sahabat)

No comments: