Pages

Friday, August 26, 2011

Mengumpat itu JIJIK

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik dengannya. (Oleh sebab itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."[al_Hujurat;12]


menurut al_Zamakhshari dalam tafsirnya al-Kashshaf,kiasan dalam ayat 12 Surah al-Hujurat ini didatangkan dalam keadaan menunjukkan betapa perbuatan mengumpat itu sangat hina dan keji. Perkara ini dibuktikan melalui:

1. menggunakan gaya bahasa pertanyaan tetapi memberi makna kenyataan

2. Menjadikan sesuatu yang dibenci itu dengan sesuatu yang disayangi iaitu "memakan daging saudara sendiri"

3. Menyandarkan perbuatan kepada "seseorang daripada kamu" yang memberi maksud bahawa setiap individu tidak suka kepada perkara tersebut

4. Tidak mendatangkan perumpamaan sekadar memakan daging manusia secara umum, tetapi sesuatu yang lebih dasyat iaitu memakan daging saudara sendiri
5. menyifatkan daging saudara yang dimakan itu daripada tubuh badan saudara yang telah mati

::::::::::::::::::::::::::::::


Di ats nie diambil dr Solusi Isu no. 28...

semua org msti da tau mengumpat ni dosa.... tapi mungkin kurang diingatkan tentang penegasan mengenai dosa² mengumpat. So, disini saya berkongsi sedikit ilmu yg ada pada saya sbagai peringatan kepada sahabat² dan diri saya sendiri =)



Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

tapi kenapa KITA masih mengumpat? sebab kita sudah terlalu biasa mengumpat sehinggakan tidak lagi merasakan perbuatan itu berdosa.. btol x??

tahukah KITA bahawa jika kita membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib kita di akhirat kelak. manakala jika kita menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak. Sudah tentu kite nk dosa² kite yg melimpah ruah 2 ditutup.

ade satu kisah ni, berlaku di selangor. jenazah ini bersaiz tidaklah terlalu besar mahupun kecil. ketika harwah dimandikan, mukanya agak kuning dan najisnya amatlah banyak. ketika hendak mengkafankan jenazah tersebut, kain kafan menjadi tidak muat. untuk baca full story klik je link ni..





So, janganlah KITA mengumpat, tapi banyakkanlah zikir supaya KITA selamat daripada seksa² dan azab² yang telah Allah janjikan kepada orang yang mengumpat.........
wallahua'lam..

1 comment:

TantePiya said...

biasanya apa yg kita umpat tu, menda tu akan patah balek kat kita.. hmm