Pages

Saturday, April 2, 2011

Aku

Sekarang.. Aku semakin lari dari tujuan aku.. Semakin lari dari janji² aku sebelum ini.. Aku ingin berubah.. menjadi syabab ad-Din.. Pemuda yg dapat menegakkan kembali Islam di muka bumi.. Sahabat yg dapat mengajak sahabatnya mengamalkan amal islami dalam kehidupan seharian.. Anak yg dapat membentuk keluarganya sebuah keluarga Islam sepenuhnya.. Lelaki yg dapat membentuk baitul muslim.. Islam bukan sekadar agama!! tetapi cara hidup.. 



Tetapi.... Perlakuanku tidak menjurus kepada tujuanku.. Aku semakin lalai.. Semakin mengejar keseronokan.. Semakin lupa batas pergaulan.. Aku telah kembali kepada diriku yg dulu.. TIDAK!! Aku tidak mahu kembali ke dalam kegelapan nafsu duniawi....



Aku..... Sekadar berjanji untuk menjadi pendakwah.. "Zakwan, janji dgn abang, Zakwan berubah ye.. sekarang kita ada matlamat baru"... jawabku, "InshaAllah abg".. huhh!! Janji tinggal janji!! Sekarang aku sudah mula selesa dengan pergaulan dan hidup bebasku.. Itulah punca utama aku lalai........



"Untuk mnjadi mukmin yg mengamalkan amal islami, amalkan 3 amalan ni setiap hari. Qiamullail, solat jemaah, baca Al-Mathurat".. memang susah untuk bangun Qiam.. Tetapi dulu selalu amal solat jemaah.. setiap hari baca Al-Mathurat.. Qiam dua kali sebulan.. sekarang....... Dalam seminggu pasti ada tertinggal baca Al-Mathurat.. Qiam pun dah lama tak buat..



Kawan-kawanku.. Rakan-rakanku.. Sahabat-sahabatku.. Saudara-saudaraku..
Bantulah aku.. bimbinglah aku.. pimpinlah aku.. 
Agar aku dapat keluar dari kegelapan ini.. agar aku tidak terus lalai..
Biarlah hidupku di dunia ini berbatas.. biarlah aku rasa seperti dipinggir..
Asalkan di akhirat kelak aku tidak menangis kerana aku bersama dengan orang-orang yg bertakwa di syurgaMu ya Allah...

2 comments:

AnNisa' said...

kau insafkan aku balik. aku pun makin lalai. tq!

wanrandom said...

ko yg insafkn aku.. xkn ko plak yg lalai~