Pages

Saturday, April 9, 2011

Nasihat Rasulullah kepada Saiyidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) jujur dalam berkata-kata.
2) menjauhi segala yang haram.
3) merendah diri

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) merahsiakan ibadahnya.
2) merahsiakan sedekahnya.
3) merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang BERTAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) takut berlaku dusta dan keji.
2) menjauhi kejahatan.
3) memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) mengawasi dirinya.
2) menghisab dirinya.
3) memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk  kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut.....