اِلهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ اَهلاً. وَ لاَ اَقْوَي عَلَي النَّارِ الْجَحِيْمِ
فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَ اغْفِرْ ذُنُوْبِي. فَاِنَّكَ غَافِرُ الذَنْبِ الْعَظِيْمِ
وَ عَمِّلْنِي مُعامَلةً الْكَرِيْمِ. وَ ثَبِّتْنِي عَلَي النَّهْج الْقَوِيْمِ
ذُنُوْبِي مِثْلُ اَعْدَادِ الرِّمَالِ. فَهَبْ لِي تَوْبَةً يَا ذَاالْجَلالِ
وَ عُمْرِي نَاقِصٌ فِي كُلِّ يَوْمٍ. وَ ذَنْبِي زَاءِدٌ كَيْفَ احْتِمَالِي
اِلهِي عبْدُكَ الْعَاصِي اٰتَاك. مُقِرًّا بِالذُّنُوْبِ وَ قَدْ دَ عَاكَ
اِنْ تَغْفِرْ وَ اَنْتَ لِذاكَ اَهْلٌ. وَ ِانْ تَتْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِواكَ
Wahai Tuhanku... Aku sebenarnya tidak layak untuk masuk ke syurgaMu
Tetapi.. tidak pula aku sanggup untuk ke nerakaMu
Ya Allah.. terimalah taubatku dan ampunilah dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu.. ampunkan aku oh Tuhanku
Setiap hari umurku semakin berkurang
Sedangkan dosaku terus menggunung
Hingga tak kuat lagi untuk aku menanggungnya
Wahai Tuhan, hambaMu yang berdosa ini
Datang bersimpuh ke hadapanMu
Mengakui segala dosa-dosaku
Mengadu dan memohon kepadaMu
Jika Engkau ampuni itu, kerana Engkau
Sahajalah yang dapat mengampunkan
tetapi jika Engkau tolak, kepada siapa lagi kami mohon ampun selain kepadaMu?
No comments:
Post a Comment