"Siapa yang beramal tanpa pengetahuan lebih banyak merosakkan berbanding mengelokkan"
-Umar 'Abdul 'Aziz-
Seseorang yang ikhlas beramal tanpa kefahaman yang sahih, adakalanya boleh tersesat jauh.
"Sesat lagi menyesatkan"
Pengetahuan seseorang mengenai sesuatu bukan terletak pada banyaknya hafalan dan amalan, tetapi terletak pada kefahaman yang mendalam; kefahaman yang sebenar dan sejahtera
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seseorang faqih itu lebih ditakuti oleh syaitan berbanding seribu orang 'abid"
-hadis riwayat At-Tirmizi
Umar al-Khattab berkata, "Kematian seribu 'abid yang bangun bersembahyang malam dan berpuasa di siang hari lebih remeh berbanding kematian seorang bijaksana yang memahami halal haram di sisi Tuhannya"
Hafalan ini ibarat jasad. Kefahaman pula umpama roh. Jasad tidak dapat hidup tanpa roh. Begitu juga dengan hafalan itu. Tiada guna kita menghafal tanpa memahami.
Imam Ibn Qayyim berkata: Kefahaman yang sahih dan niat yang baik merupakan antara nikmat besar dari Allah yang dianugerahkan kepada hambaNya. Bahkan suatu anugerah besar selepas Islam, tiada yang lebih mulia mengatasinya. Kedua-duanya merupakan tunjang agama Islam dan Islam berterbangan di atasnya. Ianya memelihara hamba dari jalan yang dimurkai yang boleh merosakkan niat mereka dan dari jalan orang sesat yang pincang kefahaman mereka. Ia juga menjadikan mereka tergolong dalam golongan orang yang diberi nikmat oleh Allah dan orang yang mempunyai kefahaman dan niat yang sejahtera. Merekalah di kalangan orang yang berada di jalan yang lurus, yang diperintahkan ke atas kita agar bermohon untuk dianugerahkan di atas jalan mereka pada setiap kali bersembahyang.
Kefahaman yang sahih merupakan cahaya yang dicampakkan kedalam hati hambaNya, yang membezakan antara yang baik dan buruk, antara yang hak dan batil, petunjuk dan kesesatan, penyelewengan dan kebenaran.
No comments:
Post a Comment