Pages

Wednesday, May 30, 2012

Kewajipan yang Diabaikan

Kisah seorang lelaki tua
Walaupun lelaki ini buta, namun hatinya dapat melihat. Beliau mati syahid dalam sebuah peperangan. Meskipun Allah mengecualikan orang yang buta untuk turut berperang, namun dia tetap berangkat ke medan perang sehingga terbunuh sebagai syahid di jalan Allah.
"Meskipun Allah mengambil cahaya kedua-dua matakuTapi akal dan hatiku terdapat cahaya yang menggantikannya Hatiku tetap cerdas dan akalku sentiasa warasDalam lisanku ada pedang tajam yang sentiasa terhunus"

Lelaki tersebut datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah seorang lelaki buta. Antara rumahku dengan masjid terdapat lembah yang berair. Rumahku jauh dan tidak ada seorang pun yang dapat membimbingku datang ke masjid. Adakah engkau memberikan rukhsah (keringanan) bagiku untuk mengerjakan solat di rumah?"

Rasulullah s.a.w. melihat kesulitan dan uzur nyata yang dialaminya. Baginda lalu bersabda, "Ya". Lelaki itu pun beranjak pergi. Namun tidak lama kemudian, baginda memanggilnya seolah-olah baginda teringat akan sesuatu yang sebelumnya dilupakan. Rasulullah kemudian bersabda, "Adakah kamu masih mendengar seruan azan untuk mengerjakan solat berjemaah?" Dia menjawab, "Ya". Baginda lalu bersabda, "Kalau bgitu, penuhilah seruan tersebut". [Hadis riwayat Muslim]

++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang mendengar seruan (azan) namun dia tidak mendatanginya, maka tidak ada (pahala) solat baginya, kecuali apabila kerana uzur" [Hadis riwayat Ibn Majah]

Ulama hadis telah menjadikan hadis ini sebagai dalil yang mewajibkan solat berjemaah dan kewajipan itu hanya gugur jika terdapat uzur syar'i.

Pada suatu malam, Rasulullah s.a.w. membariskan para sahabatnya untuk melaksanakan solat isyak, lalu baginda mendapati saf  yang ada sangat sedikit. Baginda berdiri dengan marah dan berkata:
"Aku bersumpah demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh aku berniat agar solat dilaksanakan, lalu aku minta diambilkan seikat kayu bakar dan dinyalakannya. Kemudian aku tinggalkan orang-orang yang solat untuk mencari mereka yang tidak menghadiri solat berjemaah bersama kami lalu aku bakar rumah mereka" [hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Berapa lama waktu kita habiskan untuk mengerjakan solat berjemaah? Kira-kira itu sama dengan waktu yang kita gunakan  untuk makan, minum, tidur, dan istirehat, hanya sekejap sekali. Padahal dengan mengerjakan solat berjemaah, kaum mukminin mampu meningkatkan kualiti diri mereka di sisi Allah, dan kaum munafik kian bertambah terpuruk. Dengannya pula diketahui, mana wali Allah dan mana wali syaitan sehingga dapat dibezakan antara mukmin dengan orang munafik.

Marilah kita sentiasa menjaga solat-solat ini ketika kita dipanggil untuk mengerjakannya. Marilah kita berlumba untuk mngisi saf pertama di masjid.

Wallahua'lam.. salam'alaik
sumber: "Koleksi Khutbah Edisi Lengkap", Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, May 14, 2012

Malam Pertama di Alam Kubur

Syair Arab ada menyatakan,
Berpisah dengan tempat tidurku sehari
Itu telah membuat hilang ketenanganku
Malam pertama di alam kubur
Demi Allah, katakan kepadaku bagaimana keadaannya.
Ada dua malam yang kita perlu sentiasa fikirkan - malam ketika kita berada dirumah bergurau senda dengan keluarga dan malam ketika malaikat maut datang kepada kita lalu kita diletakkan di dalam kubur seorang diri. Para Ulama' dan cerdik pandai menangis dan resah ketika membayangkan malam pertama mereka di dalam kubur.

Menurut syair yang dianggap sebagai warisan bangsa Arab yang terpenting,
Akan datang hari di mana aku pergi tanpa dapat membantah
Anak-anakku berada di kedua tepi kubur sambil memujuk
Mereka mengatakan jangan pergi sementara mereka terus menanamku
Tidak ada tempat pemergian yang jauh selain dari tempat ini.
 
Kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz
 Saidina Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah semasa pemerintahan Bani Umayyah. Beliau seorang yang gemar menggantikan pakaian lebih daripada sekali dalam sehari. Beliau memiliki emas dan perak, pembantu dan istana, serta pelbagai makanan dan minuman. Semua yang dia inginkan ada di dalam genggamannya. Namun ketika beliau dilantik menjadi khalifah dan bertanggungjawab menguruskan kepentingan kaum muslimin, beliau meninggalkan semua itu kerana sentiasa ingat dengan malam pertama di alam kubur.

Pada hari Jumaat, beliau berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah sambil menangis di mana sebelumnya, beliau telah dibaiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah kamum muslimin. Beliau berkata kepada semua panglima perang, menteri, ulama', pujangga dan gabenor, "tariklah semula baiah kamu!" Namun mereka berkata, "Kami tidak menginginkan pemimpin selain anda". Selang seminggu kemudia, beliau kelihatan kurus dan lemah. Keadaannya benar-benar jauh berubah; beliau tidak lagi memakai pakaian lain melainkan sehelai pakaian. Lalu mereka bertanya kepada isteri Saidina Umar bin Abdul Aziz, "Ada apa dengan Umar itu?"  Si isteri menjawab, "Demi Allah, beliau tidak lagi lena tidur malam. Jika tidur di atas katilnya, beliau berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidur di atas bara api lantas berkata "aku telah menerima jawatanku untuk mengurus umat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada hari kiamat kelak aku akan diminta pertanggungjawaban oleh orang fakir dan miskin, anak yatim dan para janda".

Persoalan sekarang ini, apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi malam pertama kita di kubur kelak?
Rasulullah s.a.w. bersabda "kubur itu ada kalanya menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan ada kalanya pula menjadi salah satu lubang yang ada di neraka"


Wallahua'lam.. salam'alaik...

sumber: Koleksi Khutbah - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Menyepi...

Salam'alaik..
telah lama aku menyepi dari membuka mahupun mengupdate blog ini.
Masa yang singkat hidupku di dunia ini sibuk dengan perkara duniawi.
Amatlah sedikit masa yang aku luangkan untuk bekalanku di akhirat kelak.
Jika diimbau kembali, seringkali aku ungkapkan alasan untuk berdakwah atau mengajak kepada kebaikan sebagai jalan aku melepaskan diri dari hanyut melakukan hal-hal duniawi.
Namun jika difikirkan kembali, mana dakwahnya? mana kebaikannya?

Aku masih lagi bebas bergaul. Alasannya, "Ingin rapat dengan mereka. Nanti senanglah nak ajak ke arah kebaikan".
Aku masih lagi banyak mengalah dalam berbincang mengenai agama. Alasannya, "Tidak mahu bertikam lidah".
Ayat-ayat hafazan masih belum dihafal apatah lagi diamalkan. Alasannya, "sibuk dengan program-program persatuan".

Hidup penuh dengan alasan.

InshaAllah akan aku update blog ini dari masa ke semasa. Harap dengan sedikit penulisanku ini dapat menjadi bekalan yang tidak putus-putus bagiku di akhirat kelak.

Wallahua'lam. Salam'alaik...

Monday, February 13, 2012

Berjanggutlah wahai Lelaki


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas dari memekirkan hal yang sama. Cuma bezanya antara 'kecantikan' wanita & lelaki adalah JANGGUT. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu menjadi lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan & kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah:-

  • Menampakkan kelakian
  • Kelihatan lebih 'macho'
  • Lebih hensem & berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Memberi manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin terdahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting & perlu diambil berat, malah seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w.. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda yang berkaitan janggut adalah seperti:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)



Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.


Wahai lelaki, berjanggutlah.

wallahua'lam... Salam'alaik..

sumber: myibrah.com

Tuesday, January 31, 2012

Doa ‘Atabah Alghulam


إِلَهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حُوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّى أَحْفَظُ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغَمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَآءَتِيْ يَزْدَادُ رِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ.
إِلَهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ
                    


Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampunkan dosaku , maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal sehingga aku dapat menghafal semua ilmu yang ku dengar dan juga ayat-ayat al-Quran . 

Ya Allah berilah aku kemuliaan dengan suara yang merdu , sehingga sesiapa yang mendengar bacaanku , hatinya akan menjadi lembut meskipun ia seorang yang keras hati . 

Ya Allah kurniakanlah kepadaku rezeki yang halal dan juga kunjungan rezeki yang tidak kusangka-sangka .

Friday, January 6, 2012

Kebaikan menangis

1. Membantu penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteri semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tip menangis emosi mengandung 24 % protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun. keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres? Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian. Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.

__________________________________________________

Tetapi ingatlah bahawa insan yang menangis kerana takut akan azab Allah itu lebih baik dari segalanya. Menangislah kerana sesuatu yang berfaedah dan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.

wallahua'lam.. Salam'alaik.. 

Monday, January 2, 2012

Countdown 2012!

dalam suasana gembira menyambut tahun baru, ramai yg lupa agama.. ada yg mengatakan, "inilah masa buat maksiat".. 

Yg berada dlm kemusykilan pula bertanya, "salah ke nak sambut tahun baru?"..
tak salah kalau nak sambut, asalkan tidak di isi dgn perkara yang bertentangan dengan ajaran dan panduan Islam.

Yg berada dalam jahiliah mengambil kesempatan ini untuk membuat perkara-perkara yg bertentangan dengan Islam.

Suasana di Kuala Lumpur
Sekitar dataran merdeka, orang ramai sudah penuh pukul 11 lebih.. sambil ditemani oleh beberapa orang sahabat, kami menuju ke masjid jamek.. Suasana pada ketika itu amat menyedihkan. Dengan bunyi bisingnya, dengan perangai orang yg entah apa-apa.. melalak tak tentu pasal.. ada yg menari di tengah jalan.. jgn disebut pasal pemakaian dan pergaulan.. sudah tentu tidak terjaga!
Setelah sampai di masjid jamek, kami lega.. Dalam suasana yg penuh dengan kegelapan, masih terdapat ANAK MUDA yg mencari cahaya Allah.. terdapat forum yg telah diadakan di sana.. sejuk mata memandang.. ramai juga para muslimin dan muslimat yg berada di sana.. Keadaan ketika itu umpama langit pada malam yg gelap gelita terdapat 1 bintang yg bersinar.. kami berada di dalam golongan yg mengejarkan akhirat dalam persekitaran golongan yang menyanjung keseronokan dunia.. Senyum aku sendirian melihat para muslimat yg menutup aurat sepenuhnya (bukan membalut aurat).. Sungguh cantik!
Kemudian kami menyertai ANAK MUDA yang lain untuk menyebarkan cahaya-cahaya Islam kepada orang ramai.. Kami diberikan kad untuk diberikan kepada orang ramai dan kami perlu menerangkan serba sedikit tentang Islam dan keindahan Islam..


Kemudian kami menuju ke masjid Asy-Syakirin, KLCC.. di sana juga terdapat forum dan persembahan nasyid dan sketsa islam.. tapi sayang.. hanya dipenuhi dengan orang tua.. tapi tidak mengapa.. Alhamdulillah.. Menjelang 12 tengah malam, bunga api meletup.. kami beramai-ramai berselamat dalam kebingitan bunyi dan keindahan bunga api.. Subhanallah!! Terasa bezanya kami golongan ghuraba'.. inshaAllah..


Kemudian, sekitar jam 12.30 am, kami menuju semula ke dataran merdeka.. Orang ramai sudah mula bersurai. di dataran merdeka, penuh dengan sampah! menggambarkan betapa tak bertanggungjawab orang sekarang.. Kelihatan juga pasangan-pasangan "bahagia" yg masih lepak sekitar dataran merdeka.. kami mula mendekati mereka dan berborak dengan mereka.. 

Sekitar pukul 1.30 pagi, kami kembali ke masjid Asy-Syakirin untuk tidur kerana ada Qiammullail.. 


Inilah usaha-usaha yg dilakukan oleh orang Islam yg prihatin tentang agama Islam. Di Shah Alam, terdapat forum Ustaz Azhar Idrus bersama dengan Zizan, Imam Muda Asyraf, Sham Kamikaze, dan Ustaz Norhisham. Semua program ini dijalankan adalah untuk menarik ANAK MUDA untuk sertai program yang bermanfaat ini agar mereka meninggalkan aktiviti yg tak berfaedah dan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t.. wallahua'lam...