Pages

Wednesday, May 30, 2012

Kewajipan yang Diabaikan

Kisah seorang lelaki tua
Walaupun lelaki ini buta, namun hatinya dapat melihat. Beliau mati syahid dalam sebuah peperangan. Meskipun Allah mengecualikan orang yang buta untuk turut berperang, namun dia tetap berangkat ke medan perang sehingga terbunuh sebagai syahid di jalan Allah.
"Meskipun Allah mengambil cahaya kedua-dua matakuTapi akal dan hatiku terdapat cahaya yang menggantikannya Hatiku tetap cerdas dan akalku sentiasa warasDalam lisanku ada pedang tajam yang sentiasa terhunus"

Lelaki tersebut datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah seorang lelaki buta. Antara rumahku dengan masjid terdapat lembah yang berair. Rumahku jauh dan tidak ada seorang pun yang dapat membimbingku datang ke masjid. Adakah engkau memberikan rukhsah (keringanan) bagiku untuk mengerjakan solat di rumah?"

Rasulullah s.a.w. melihat kesulitan dan uzur nyata yang dialaminya. Baginda lalu bersabda, "Ya". Lelaki itu pun beranjak pergi. Namun tidak lama kemudian, baginda memanggilnya seolah-olah baginda teringat akan sesuatu yang sebelumnya dilupakan. Rasulullah kemudian bersabda, "Adakah kamu masih mendengar seruan azan untuk mengerjakan solat berjemaah?" Dia menjawab, "Ya". Baginda lalu bersabda, "Kalau bgitu, penuhilah seruan tersebut". [Hadis riwayat Muslim]

++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa yang mendengar seruan (azan) namun dia tidak mendatanginya, maka tidak ada (pahala) solat baginya, kecuali apabila kerana uzur" [Hadis riwayat Ibn Majah]

Ulama hadis telah menjadikan hadis ini sebagai dalil yang mewajibkan solat berjemaah dan kewajipan itu hanya gugur jika terdapat uzur syar'i.

Pada suatu malam, Rasulullah s.a.w. membariskan para sahabatnya untuk melaksanakan solat isyak, lalu baginda mendapati saf  yang ada sangat sedikit. Baginda berdiri dengan marah dan berkata:
"Aku bersumpah demi Zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh aku berniat agar solat dilaksanakan, lalu aku minta diambilkan seikat kayu bakar dan dinyalakannya. Kemudian aku tinggalkan orang-orang yang solat untuk mencari mereka yang tidak menghadiri solat berjemaah bersama kami lalu aku bakar rumah mereka" [hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Berapa lama waktu kita habiskan untuk mengerjakan solat berjemaah? Kira-kira itu sama dengan waktu yang kita gunakan  untuk makan, minum, tidur, dan istirehat, hanya sekejap sekali. Padahal dengan mengerjakan solat berjemaah, kaum mukminin mampu meningkatkan kualiti diri mereka di sisi Allah, dan kaum munafik kian bertambah terpuruk. Dengannya pula diketahui, mana wali Allah dan mana wali syaitan sehingga dapat dibezakan antara mukmin dengan orang munafik.

Marilah kita sentiasa menjaga solat-solat ini ketika kita dipanggil untuk mengerjakannya. Marilah kita berlumba untuk mngisi saf pertama di masjid.

Wallahua'lam.. salam'alaik
sumber: "Koleksi Khutbah Edisi Lengkap", Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Monday, May 14, 2012

Malam Pertama di Alam Kubur

Syair Arab ada menyatakan,
Berpisah dengan tempat tidurku sehari
Itu telah membuat hilang ketenanganku
Malam pertama di alam kubur
Demi Allah, katakan kepadaku bagaimana keadaannya.
Ada dua malam yang kita perlu sentiasa fikirkan - malam ketika kita berada dirumah bergurau senda dengan keluarga dan malam ketika malaikat maut datang kepada kita lalu kita diletakkan di dalam kubur seorang diri. Para Ulama' dan cerdik pandai menangis dan resah ketika membayangkan malam pertama mereka di dalam kubur.

Menurut syair yang dianggap sebagai warisan bangsa Arab yang terpenting,
Akan datang hari di mana aku pergi tanpa dapat membantah
Anak-anakku berada di kedua tepi kubur sambil memujuk
Mereka mengatakan jangan pergi sementara mereka terus menanamku
Tidak ada tempat pemergian yang jauh selain dari tempat ini.
 
Kisah Saidina Umar bin Abdul Aziz
 Saidina Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah semasa pemerintahan Bani Umayyah. Beliau seorang yang gemar menggantikan pakaian lebih daripada sekali dalam sehari. Beliau memiliki emas dan perak, pembantu dan istana, serta pelbagai makanan dan minuman. Semua yang dia inginkan ada di dalam genggamannya. Namun ketika beliau dilantik menjadi khalifah dan bertanggungjawab menguruskan kepentingan kaum muslimin, beliau meninggalkan semua itu kerana sentiasa ingat dengan malam pertama di alam kubur.

Pada hari Jumaat, beliau berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah sambil menangis di mana sebelumnya, beliau telah dibaiah oleh umat Islam untuk menjadi khalifah kamum muslimin. Beliau berkata kepada semua panglima perang, menteri, ulama', pujangga dan gabenor, "tariklah semula baiah kamu!" Namun mereka berkata, "Kami tidak menginginkan pemimpin selain anda". Selang seminggu kemudia, beliau kelihatan kurus dan lemah. Keadaannya benar-benar jauh berubah; beliau tidak lagi memakai pakaian lain melainkan sehelai pakaian. Lalu mereka bertanya kepada isteri Saidina Umar bin Abdul Aziz, "Ada apa dengan Umar itu?"  Si isteri menjawab, "Demi Allah, beliau tidak lagi lena tidur malam. Jika tidur di atas katilnya, beliau berpusing ke kiri dan ke kanan seakan-akan tidur di atas bara api lantas berkata "aku telah menerima jawatanku untuk mengurus umat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada hari kiamat kelak aku akan diminta pertanggungjawaban oleh orang fakir dan miskin, anak yatim dan para janda".

Persoalan sekarang ini, apa yang telah kita siapkan untuk menghadapi malam pertama kita di kubur kelak?
Rasulullah s.a.w. bersabda "kubur itu ada kalanya menjadi salah satu taman yang ada di syurga dan ada kalanya pula menjadi salah satu lubang yang ada di neraka"


Wallahua'lam.. salam'alaik...

sumber: Koleksi Khutbah - Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Menyepi...

Salam'alaik..
telah lama aku menyepi dari membuka mahupun mengupdate blog ini.
Masa yang singkat hidupku di dunia ini sibuk dengan perkara duniawi.
Amatlah sedikit masa yang aku luangkan untuk bekalanku di akhirat kelak.
Jika diimbau kembali, seringkali aku ungkapkan alasan untuk berdakwah atau mengajak kepada kebaikan sebagai jalan aku melepaskan diri dari hanyut melakukan hal-hal duniawi.
Namun jika difikirkan kembali, mana dakwahnya? mana kebaikannya?

Aku masih lagi bebas bergaul. Alasannya, "Ingin rapat dengan mereka. Nanti senanglah nak ajak ke arah kebaikan".
Aku masih lagi banyak mengalah dalam berbincang mengenai agama. Alasannya, "Tidak mahu bertikam lidah".
Ayat-ayat hafazan masih belum dihafal apatah lagi diamalkan. Alasannya, "sibuk dengan program-program persatuan".

Hidup penuh dengan alasan.

InshaAllah akan aku update blog ini dari masa ke semasa. Harap dengan sedikit penulisanku ini dapat menjadi bekalan yang tidak putus-putus bagiku di akhirat kelak.

Wallahua'lam. Salam'alaik...