Pages

Saturday, November 19, 2011

10 Jenis Orang Islam yang Kejam

Sebelum kita teruskan pembacaan, maksud kejam ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Kejam bukan semata-mata bermaksud jahat atau ganas.

10 jenis orang Islam yang kejam:

  1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
  2. Seseorang yang pandai membaca al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  3. Seseorang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
  4. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang 2 rakaat.
  5. Seseorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaay kemudian tidak sembahyang berjemaah.
  6. Seseorang yang di daerahnya didatangi seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa dengannya.
  7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  8. Seseorang yang diundang pada jamuan tetapi tidak menghadirinya.
  9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  10. Seseorang yang kenyang sedangkan dia tahu bahawa tetanggany (jiran) lapar, tetapi tidak diberi makanannya itu.
wallahua'lam.. Salam'alaik..

Saturday, November 12, 2011

10 Amalan Terbalik

marilah kita bermuhasabah dan menilai kembali amalan seharian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang sepatutnya dilakukan dan yang dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau lalai dengan budaya. Antara amalan terbalik yang sering dilakukan:-


  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas beberapa kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang telah dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang hadir membaca tahlil. Tidakkah mereka risau kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati?
  2. Jika hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tiada duit, maka malu nak pergi ke kenduri. Tetapi kalau menziarahi orang mati pula tidak segan jika angan tidak berisikan wang. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.
  3. Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik dan kemas. Tetapi apabila mengadap Allah baik di rumah mahupun masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tidak berbaju. Tidakkah itu satu perbuatan yang terbalik?
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan apa yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tetapi kalau di rumah , sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjrkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.
  7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walaupun perlu berbelanja besar. Tapi kalau anak tak boleh baca al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar ke tuisyen baca al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak pergi. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tetapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  10. Seorang isteri nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masya-Allah. Sedangkan yang dituntut ke atas seorang isteri itu ialah berhias untuk suaminya, bukannya untuk orang lain. Perbuatan terbalik inilah yang membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agaar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Wallahua'lam

Thursday, November 3, 2011

Bertudung Tetapi Belum Sempurna Menutup Aurat

Pesanan ini khas kepada kaum hawa sebagai panduan dan peringatan. Namun, kaum adam juga perlu ambl tahu sebagai panduan untuk anak-anak dan isteri.
Apa yang disebut sebagai bertudung tetapi belum sempurna menutup aurat ialah apabila seseorang wanita itu melakukan perkara-perkara berikut:-

  1. Baju yang dipakai singkat tidak melebihi pinggul
  2. Mendedahkan bentuk/lekuk dada atau punggung
  3. Pakaian ketat menampakkan bentuk tubuh
  4. Kain yang dipakai singkat hingga menampakkan betis
  5. Bertudung tetapi memakai t-shirt lengan pendek
  6. Memakai seluar jeans yang ketat dan sendat, jelas menampakkan alur kelengkang. Bawah bajunya singkat, maka menampakkan pangkal peha dan terdedahlah bahagian punggungnya
  7. Tidak bersarung kaki/ stoking
  8. Solekan/ TABARRUJ yang jelas kelihatan
  9. Memakai wangi-wangian yang merangsangkan nafsu
  10. Mendedahkan aurat dihadapan orang yang bukan mahram
  11. Bertudung tetapi tergedik-gedik dengan lelaki yang bukan mahramnya

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat). Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu TIDAK AKAN MASUK SYURGA dan TIDAK AKAN MENCIUM BAUNYA. -Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim-

wallahua'lam.. salam'alaik

Tuesday, November 1, 2011

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan kepada diri ini yang sering alpa dengan keindahan dunia yang palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a.; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia ini bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engaku akan keseorangan di dalam perutku.