Pages

Sunday, September 11, 2011

Hadis 7 : Agama itu nasihat

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat." Kami berkata, "untuk siapa?" Baginda bersabda. "Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk rasulNya, untuk para imam kaum muslimin dan untuk umat Islam seluruhnya." Hadis riwayat Muslim.

Pengajaran Hadis:
Agama Islam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat Islam. Islam memperuntukkan hak nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, kitabNya dan rasulNya bermaksud beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Nasihat untuk Allah - mengimaniNya / ikhlaskan ibadah / taatinya serta jauhi laranganNya.
Nasihat untuk kitabNya - yakin ia kalam ALlah bukan kalam makhluk / sebagai manhaj hidup / sesuai sepanjang zaman / berusaha memperelok bacaan dan fahami ayat-ayatnya.
Nasihat untuk rasulNya - membenarkan kenabiannya / ikut ajarannya / kasih terhadapnya / agungkan sunnahnya / kaji sirahnya / berkhalak dengan akhlaknya.
Nasihat untuk para imam kaum muslimin (pemerintah) - membantunya dalam tugasan / nasihatnya ker=tika mereka lalai / halang mereka dari berlaku zalim.
Nasihat untuk umat Islam seluruhnya - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat / ajar apa yang mereka jahil mengenai agama  galakkan mereka kepada ketaatan.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Saturday, September 10, 2011

Hadis 6 : Haram, Halal, Syubhah

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata, "aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan diantara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin itu mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan perkara haram demi menjaga kemuliaan agama Islam. Perkara yang samar-samar (syubhat), yang belum jelas halal haramnya mestilah dijauhi, demi menjaga maruah agama Islam. Sempadan murka dan redha Allah s.w.t. ialah perkara-perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara-perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruh anggota badan yang lain.

Wednesday, September 7, 2011

hadis 5 : Islam agama yang sempurna

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


Daripada Ummu al-Mukminun Ummu Abdullah, 'Aisyah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi, "Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak."

Pengajaran Hadis: 
Islam adalah agama yang sudah sempurna pada dasar dan prinsipnya. Ia tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan asul agama adalah bid'ah yang yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kekufuran.

Monday, September 5, 2011

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya
Yang Pelindung Yang Mempunyai
Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang SentiasaBerbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana
Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat
Allah Ke Atasnya


Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak
Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


~credit to ibn bakr~

Sunday, September 4, 2011

Hadis 4 : peringkat kejadian manusia

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'us r.a. beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, dan baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): "Sesungguhnya setiap orang dikalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antanya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia dimasuki syurga."


Pengajaran Hadis: 


Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang amat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh Islam melalui al-Quran dan hadis Nabi sejak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. Ini adalah bukti yang jelas bahawa Allah yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha Mengetahui segala rahsia kejadian.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. semenjak seseorang itu belum lahir ialah rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat, tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah juga sebaliknya.

wallahua'lam.. salam'alaik..

rujukan : Hadis 40
susunan : Imam An-Nawawi

Friday, September 2, 2011

Hadis 3 : Rukun Islam

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn Khattab r.a. beliau berkata: Aku telah mendengan Ragulullah s.a.w. bersabda: "Islam itu terbina atas lima perkara - naik saksi mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adala Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan"

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan tentang rukun Islam yang mengandungi lima perkara. Hadis ini mengumpamakan Islam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini, Islam seseorang itu akan goyah dan runtuh. Ini membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun Islam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan Islam sebaiknya kecuali bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan Islam.

Ikatan antara rukun-rukun Islam:

Sempurna Iman bagi yang menerima sepenuhnya
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Bagi sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Bagi sesiapa yang menerima tetapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Bagi sesiapa yang melakukan dan ikrar secara pura-pura - munafiq

Matlamat ibadah:
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan Tuhannya - pertama dihisab
Zakat - suburkan/berkat harta - sucikan diri
Haji - wajib segerakan bagi yang mampu
Puasa - syahwat dikekang / maksiat terhindar

wallahua'lam.. Salam'alaik

Rujukan : Hadis 40
Susunan : Imam An-Nawawi