hati sgt jauh dr ketenangan apabila segala perancangan tidak tercapai..
mmg betul.. aku mngasingkan diri.. menjauhkan diri..
stiap hari aku mngikuti perkembangan kalian.. walaupun tidak byk yg aku ketahui..
mngkin kalian tidak memahami mengapa aku jd spti ini..
ingatkah kalian segala teguran²ku? bkn aku tegur untuk memalukan kalian.. tp aku merasakan tanggungjawabku.. aku lihat teguranku tidak berjaya..
aku merujuk "geng baruku" (menurut kata² kalian)..
aku: ana ada masalah la.. mcm mana hndak tegur tnpa hati seseorang terluka?
syabab1: akhi.. ada byk cara untuk tegur.. bukan sekadar dengan kata².. dakwah bil hal.. nasihat dgn perbuatan.
aku: tp abang.. nk nasihat bil hal? mcm mana?
syabab1: anta kn biasa guna fb.. tag la bila anta buat note islamik.. tak pun anta upload gmba berunsur nasihat dan tag la sahabat² anta. InshaAllah mereka sedar la nnti.
aku: kalau x jd mcm mana?
syabab1: kalau x jd.. dakwah bil hikmah.. nasihat secara berhikmah.. bila mereka lakukan perkara yg x elok, anta tarik muka, bermasam muka
syabab2: zakwan.. ingatkah anta mcm mana Rasulullah berdakwah? Baginda berdakwah secara berhikmah.. abang fizi pun dah ceritakan contoh teladan yg dia tunjukkan kpd sahabatnya.
aku: o.. ana dah fhm.. InshaAllah ana cuba..
syabab3: sebelum anta nk tegur sahabat anta, diri anta ni da berubah ke? da cukup baik ke? anta nk org dengar nasihat anta, tp mereka x hormat anta. sepatutnya anta mantapkan diri dengan Islam.. hidup dgn Islam.. barulah mereka hormat dgn anta.. barulah mereka dengar nasihat anta.
aku cuba pelbagai cara.. tindakan aku mngkin dilihat hipokrit. cuba untuk nasihat orang untuk tinggalkan perkara maksiat, sedangkan aku buat perkara itu dahulu. aku sibuk dengan nasihat "geng baruku" untuk memantapkan diri.. tujuanku hanya untuk Allah.. agar aku dapat membantu sahabat²ku.. tindakanku diiring dgn doa agar diberi petunjuk dan hidayahMu ke atas kami.. aku fikir tindakanku selama ini betul dan berhasil..
hari ini, baru aku sedar. tindakan dan segala usahaku tidak membuahkan hasil yg aku harapkan. terima kasih sahabat sekalian kerana menyedarkan aku. semuanya salahku.
- doaku mungkin tidak bersungguh-sungguh
- usahaku tidak cukup kuat
- pendekatan nasihatku tidak tepat
- masih terdapat maksiat yg menghalang doaku dari diterima Allah
- mungkin hidupku belum berlandaskan Islam sepenuhnya
ketahuilah sahabat²ku, bukan niatku untuk meninggalkan kalian. harapanku terhadap kalian hanyalah 1. hiduplah berlandaskan Islam. wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment