Pages

Sunday, February 27, 2011

Syabab ad-Din

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asadullah, saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki beriman mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-farouq, Zunnurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertingkah.


Kembalilah lelaki,
Pada kelelakianmu,
Rindulah lelaki dahulu,
Acuan madrasah Rasul.


Sajak dipetik daripada "Syabab Musafir Kasih" oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin..

Saturday, February 26, 2011

nasyid dahulu kala~

BEAUTIFUL ISLAM

Kita ngaji dan solat
Wajib kita tunaikan
Sehari lima kali, lima kali
Jangan tinggalkan...

Kita menutup aurat dari lutut ke pusat
Oh mari bersama cegah kemungkaran
Kita membawa ke arah kebaikan

Islam itu indah, Islam itu mudah
Oh tiada agama dapat tandinginya
Marilah kita menjaga agama kita

Tak lupa jasa ibu, tak lupa jasa guru
Oh mari bersatu agar teguh dan jitu
Marilah kita menjaga agama yang satu


Ni la lagu nasyid mase kt skolah dlu.. syok plak tu bwt persembahan.... hahaha~ lagu rekaan sendiri oleh Azreen Fairiz a.k.a. Anep Kling.. rentak lagu sme ngan lagu Beautiful Girl by Sean Kingston

Al-Abrari
ni la group yg terbaek!!bior x menang first place pon. 2 tahon nyanyi lagu nih, tp still dpt menambat hati pendengar2.. muahahaha

Friday, February 25, 2011

Khas untuk Sahabatku

Wahai sahabatku...

Jika aku sudah tiada,
janganlah kau ratap pemergianku..
janganlah kau tatap gambarku..
janganlah kau menangis keranaku..
janganlah kau lupa akan aku..

Wahai sahabatku...

Jika aku sudah tiada,
ingatlah waktu indah kau dan aku..
peliharalah segala aibku..
jauhkan diri dari kesilapanku..
belajarlah dari kesalahanku..

Wahai sahabatku...

Jika aku sudah tiada,
sedekahkanlah al-Fatihah buatku..
bacakanlah Yasin untukku..
halalkanlah segala makan minumku..
maafkanlah segala khilafku..

moga tenang aku di sana......


aku buat sajak ni khas buat sahabat dunia akhirat aku, Ahmad Fauzan bin Zainal Bakri.. Mase tu aku ade kt PLKN. ntah ape sbb aku bole terdetik nk bwt sajak ni ntah la bkn sbb nk menjiwang ea ..

beliau la yg banyak mengajar erti Islam kt aku.. byk menyedarkn aku betapa pntingnye Islam dlm diri.. Dr form 1 hingga form 5 kami bersame-same bukan gay ok!!! form 1 n 2 katil agk jauh.. form 3 till form 5 katil dah sbelah.. tiap mlm slalu borak ngan die.. mcm² nasihat die bg.. skrg baru aku tau btape berguna nsht die walaupun dulu aku agk menyampah.. ditakdirkan Allah aku sama kem PLKN ngan dia.. hepi x terkate!! hahaha.. 

Sampai skang, dia still guide aku.. die lah shbt dunia akhirat aku.. SAHABAT!! bkn kwn ye~ shbt lg bgos n mulia dr kwn k~ 

aku sentiase doakn beliau berjaye di U da mmg pon.. dpt 4flat aje~ agk jeles ye, dunia n akhirat..

hrp² kami dpt mnjadi antara syabab ad-Din yg dpt menegakkn Islam dimuka bumi ini

Thursday, February 24, 2011

I'M NOT A BLOGGER!!!

firstly,, mekaseh kpd org yg sanggup mengajar diri ini care² ntok mmbuat blog.. sanggup plak beliau bersengkang mata semata-mata ntok mengajar diri yg buta IT nih T_T
next,, blog ini dicipta ntok mengisi masa lapang mustahil aku ade mase lapang. Ape yg aku psti, blog ini akan slalu x diupdate... hehehe.. lagipun aku xde idea nak tulis pasal ape ni la sbb sebenornye. 
btw, thanx kpd mereka yg terlibat dlm menjayakn penghasilan blog ini sama ada secara langsung mahupun tidak ^.^